Skip to main content

Hari Kedua Buat Intermittent Fasting IF

Hari Kedua Buat Intermittent Fasting IF. Masuk hari kedua. Saya ulangi lagi supaya ramai tahu apa itu IF. Intermittent Fasting adalah kaedah berpuasa dalam tempoh tertentu demi untuk tujuan diet. Senang cerita puasa dalam tempoh yang agak panjang untuk kurus. Contohnya biasa orang buat 18/6 atau 20/4. Bermakna puasa 18 jam dan baki 6 jam pula makan macam biasa. Dan begitulah seterusnya. Jumlah bersamaan 24 jam.

Ada yang salah faham, sewaktu tempoh berpuasa kita langsung tak boleh makan. Silap tu.. sebenarnya kita masih boleh minum air masak dan ambil oat sebagai ganti nasi.

Strategi pemilihan makanan pula adalah mengikut standard 50:30:20 (Karbo:Protein:Lemak). Hertonnye Linggom, melalui akaun Facebook miliknya telah berkongsi pengalaman diet jenis IF sehingga mampu hilangkan 6kg dalam masa seminggu. Anda boleh baca di FBnya.

Hari Pertama Buat Intermittent Fasting IF
Jadual IF 

Hari Kedua Buat Intermittent Fasting IF


Hari ini, 4 Januari 2019.

Masih Kuatkan hati lakukan IF.

Hari kedua saya belum timbang. Sebab saya akan timbang berat pada hari kelima. Maksudnya, dalam 5 hari ada tak saya capai target nak turun 3 - 4 kg. Hehe

Dalam tempoh 8 jam "boleh makan", saya mula sarapan pukul 10.00 pagi tadi. Makan 2 keping roti kosong. Minum nescafe panas. Kalau ikutkan.. kena kurangkan air manis. (Tapi saya belum kuat!!) 

Ingat ni!! Ambil makanan berserat untuk tenaga kepada tubuh.

Target dalam seminggu = turun 4 kg. (Berangan dulu tak apa kan??)

Cadangan makanan hari ini:


1. Buah epal dan limau/ mangga
2. Mee goreng lebihkan sayur
3. Air masak lebih banyak

Semoga berjaya lah hendaknya impian dan usaha saya ni. Saya rekodkan IF Journey ni sebagai satu senarai semak, supaya saya tak terlupa.

Kena kuat semangat dan displin minum air masak banyak-banyak.

Kerana tubuh kita perlukan air yang cukup terutamanya dalam tempoh melakukan IF ni.

~ doakan saya berjaya ya. Nak turunkan berat badan sebab banyak aktiviti tergendala kerana badan dah terlalu berat..

Comments

  1. As salam. Satu langkah yg baik utk menurunkan berat badan. Abam Kie nak cuba la. Mana tahu menjadi.

    Done follow your blog. No 3. TQ...

    ReplyDelete
  2. Good luck ye. Kinah aritu ada buat tspi stop kejap. Nak kena start balik ni

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya.. Chayook.. Chayook..

    ReplyDelete
  4. Saya datang dari segmen Bloglist Shida dan saya juga sedang buat segmen
    Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete

Post a Comment

Please comment with courtesy..

Popular posts from this blog

Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat Umur

Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat umur.  Biasanya, makin rendah tekanan darah, maka makin sihat pula tubuh anda. Namun jangan pula terlalu rendah kerana boleh membuatkan anda terkena hipotensi atau tekanan darah rendah. Bila umur menjangkau 40 an ke atas, awasi tahap kesihatan anda terutamanya tekanan darah, gula dalam tubuh dan juga denyutan jantung. Inilah penyakit 3 serangkai yang sering menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Jadi berwaspadalah. Namun begitu, bukanlah bermakna golongan umur bawah 40 an tidak terkena penyakit 3 serangkai ini tetapi jumlahnya tidaklah begitu ramai berbanding mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Jadi, makanlah dengan sihat, iaitu perhatikan jumlah makanan yang diambil dan dipadankan dengan amalan hidup yang sihat. Okay..  Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat Umur Umumnya, orang dewasa dengan keadaan tubuh sihat memiliki tekanan darah normal di bawah atau setara 120/80 mm Hg. Angka 120 menunjukkan tingkat tekanan ke

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus. Dalam info sihat kali ini, kami akan share tentang jenia makanan karbohidrat yang buat cepat kurus. Makan dalam jumlah yang betul, anda akan cepat kurus tanpa rasa lapar pun.. Terdapat 2 jenis karbohidrat utama, iaitu ringkas dan kompleks. 1. Karbohidrat Ringkas Merujuk kepada gula ringkas yang terdapat di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda. Gula putih, dijuga dianggap sebagai kabohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati di dalam susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah menyerap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat meningkat. Dari masa ke semasa, disebabkan tekanan yang lebih kepada pankreas boleh membawa kepada penyakit kencing manis yang juga membawa masalah seperti kegemukkan, masalah jantung, kekangan tangan dan kaki(boleh membawa kepada pemotongan), dan juga masalah penglihatan yang kabur. 2. Karbohidrat Kompleks Karbohidrat kompleks mengambil lebih