Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/12/05

Resepi Kuih Buah Melaka Keledek Ungu Sukatan Cawan

Resepi Kuih Buah Melaka Keledek Ungu. Memang kreatif orang kita, kan? Macam-macam kuih muih boleh dihasilkan dengan membuat innovasi kepada kuih tradisional yang asal. Contohnya, kuih buah melaka. Selama ni kita biasa makan buah melaka warna hijau daun pandan tetapi kini dah boleh jumpa yang warna-warna lain seperti oren dan ungu. Pasal apa? Sebab dia orang dah bijak mewarnakan dan menambah sedap kuih muih tersebut. Kuih buah melaka yang warna ungu sebab guna keledek ungu dan yang warna oren guna labu. Woww.. sedap dan cantik, kan? 

Buah melaka warna oren guna keledek oren pun sodap!! Hehe.. tapi keledek oren lebih sedap digoreng garing makan dengan sambal kicap. Jadilah keledek goreng ya kekawan..

Jom kita layan sekejap gambar kuih buah melaka keledek ungu..

Resepi Kuih Buah Melaka Keledek Ungu Sukatan Cawan 

Resepi Kuih Buah Melaka Keledek Ungu Sukatan Cawan

Resepi Kuih Buah Melaka Keledek Ungu Sukatan Cawan


Resepi Kuih Buah Melaka Keledek Ungu 


Nak resepinya bolehlah rujuk pada gambar di bawah. Resepi dari FB MAHN idea Puan Azizah Darus. Saya share kan diblog rasadantips.com atas izin ya..


Bahan-bahan:

2 cawan keledek ungu
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air - untuk uli doh
1 ketul gula merah - hiris kecil
1/2 biji kelapa parut dan garam

Cara menyediakan buah melaka keledek ungu


1. Rebus keledek ungu hingga empuk. Sejukkan sekejap. 

2. Lenyek keledek hingga halus. Gaulkan dengan tepung pulut tadi hingga sebati. Letak sedikit garam.

3. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang tak melekat di jari.


4. Bentukkan bulat kecil hingga habis. Kemudian leperkan dan bubuh hirisan gula melaka tadi. Bulatkan semula.


5. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan doh tadi. Biarkan masak, bila dah terapung.. angkat dan toskan.

6. Golekkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan garam secukupnya, jika suka.

Siap dihidangkan kuih buah melaka keledek ungu ya. Sedap ni. Takut tak cukup setakat 2 cawan keledek ungu tu. Haaa.. kalau nak lebih anda adjust la resepi di atas tu. Tepung pulut pun kena adjust juga. Kalau tak kurang menjadi rasanya.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.