Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/12/01

Rahsia Petua Kecantikan Wajah Licin, Lembut Dan Merah Menggunakan Bahan Semulajadi

Petua Kecantikan Wajah Menggunakan Bahan Semulajadi. Ada rahsianya. Nak tahu? Baca sampai habis ya.., semua bahan yang digunakan ada di dapur rumah anda. Antara bahan semulajadi yang digunakan adalah beras, lobak merah, tomato, halia dan lain-lain lagi. Kan semua bahan ada kat dapur anda. Betul tak? Ini semua tak menjadi jika ada sifat malas nak membuatnya sendiri. Haha.. jadi, kenalah rajin usaha sedikit untuk dapat hasil kulit wajah yang licin, lembut dan kemerahan. Wajah sentiasa berseri-seri dan awet muda. Tak guna bahan kimia pun.

Amalan petua kecantikan daripada warisan mak bapak kita memang berhasil. Almaklum, dari zaman dulu mana ada mesin segera semua tu, bahan kimia pun amat terhad penggunaannya. Sebab itu, mereka merawat kulit wajah dengan bahan asli.

Rahsia Petua Kecantikan Wajah Menggunakan Bahan Semulajadi 


Kita perhatikan apakah bahan-bahan semulajadi yang digunakan untuk kecantikan kulit wajah terutamanya. Bolah juga di gunakan pada kulit tubuh. Sama-sama mencuba jom!

1. Menaikkan seri muka


Basuh muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah 10 minit.

2. Merawat panau


Ambil sepotong halia. Tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. Insyaa Allah.. anda akan melihat hasil yang menakjubkan.


3. Melicinkan dan memerahkan kulit muka


Rahsia Petua Kecantikan Wajah Licin, Lembut Dan Merah Menggunakan Bahan Semulajadi

Ambil sebiji buah tomato masak. Lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 hingga 3 kali


4. Petua Naikkan Seri Wajah/Muka 


Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh membantu menyerikan wajah. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.... 


5. Nak Menghilangkan Lebam Bawah Mata 


Sebelum mandi pagi, lapkan mata dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

6. Menghilangkan Lebam Serta Melembapkan Bibir


Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu ke bibir setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, boleh ambil madu kemudian sapukan pada bibir anda setiap malam. Selamat mencuba.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda yang ingin menjaga kecantikan dengan cara semulajadi. Amalkan gaya hidup sihat tau..

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.