Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/12/06

Pineapple Chips Makanan Ringan Daripada Nenas

Pineapple Chips Makanan Ringan Daripada Nenas. Pertama kali saya makan jajan daripada nenas asli. Pineapple Chips adalah makanan ringan macam twisties, tetapi daripada nenas asli. Potongan nenas dalam bentuk dadu dan rangup rasanya. Saya tak pasti berapa harganya kerana jajan ni saya dapat dalam goodies bag ketika majlis pelancaran karnival hartanah Johor yang lepas. 

Bagi saya rasanya masih mengekalkan keaslian nenas itu sendiri. Kalau jalan-jalan kat shopping complex dan terjumpa bungkusan seperti dalam gambar di bawah.. boleh beli dan cuba rasa.


Pineapple Chips Yang Rangup


Pineapple Chips Makanan Ringan Daripada Nenas

Warnanya kuning macam twisties. Rasanya manis, bukanlah manis sangat.. dan rangup. Ada rasa nenas bila dikunyah lama.

Pineapple Chips Makanan Ringan Daripada Nenas

Pineapple Chips Makanan Ringan Daripada Nenas

Boleh baca fakta nutrisi tentang Pineapple Chips ni di belakang bungkusannya. Rujuk di bawah..

Pineapple Chips Makanan Ringan Daripada Nenas

Sengaja saya share tentang Pineapple Chips ni sebagai satu sokongan kepada produk tempatan yang asli. So far saya belum pernah terjumpa makanan ringan daripada nenas. Rasa teruja nak tunjuk kat anda semua. Semoga menambah informasi kita. 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.