Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/12/08

Lunch Nasi Ayam Di Cat Cafe, Umall JB

Lunch Nasi Ayam Di Cat Cafe. Ini cerita siang tadi. Oleh kerana si ibu tak kerja, maka si anak pun merengek ajak pergi Giant Umall JB. Ada 2 tujuan asalnya, nak beli kipas meja dengan game handler untuk handphonenya. Keluar agak awal sebab nak breakfast sekali. Dalam pukul 11.00 pagi dah sampai kat Giant. Parking masih banyak, almaklum, orang lesen P macm saya ni mestilah nak cari parking yang lapang-lapang je.. haha

Oh ya, lupa nak inform sebenarnya ada clearance sales di Giant Umall tadi. Depa nak tutup dah. Tanya adik cashier tu kenapa nak tutup. Dengarnya tempoh sewa dah tamat. Ada mini mart dari KL katanya akan ganti. Entah betul atau tidak, kita tunggu aje lah ya..

Cat Cafe tu ada kucing ka?? Ada.. kucing parsi. 1 jam bayaran RM6 jika nak main dan bergambar dengan kucing parsi yang ada dalam bilik khasnya. Bukanlah kucing tu dibiarkan bersepah yea.. hehe


Lunch Nasi Ayam Di Cat Cafe 


Lunch Nasi Ayam Di Cat Cafe, Umall JB

Inilah rupa nasi ayam yang saya order. Alhamdulillah sedap nasinya.. tapi ayam nya keras sikit. Sebab ayam goreng biasa je. Jangan risau, harga tak mahal.

Lunch Nasi Ayam Di Cat Cafe, Umall JB

Gambar atas ni air bandung soda yang saya punya. Lagi satu Sprite float. 

Juga ada order aiskrim bakul (lupa snap pic) dengan kentang goreng. Semuanya hero kecil saya sapu licin.

Sambung cerita pasal clearance sales tadi, agak-agak apa saya beli? Kononnya nak beli kipas meja kan? Memang ada.. murah aje. 50% offer. Semua ada jenama tau. Tapi tak ada troli.. nak heret guna apa? Akhirnya beli yang lain. Haha.. dapatlah rembat barang separuh harga macam set pinggan mangkuk, alatan tulis anak, acu kuih, dan juga air dan buah-buah tempatan. 

Itulah kisah setengah hari saya dengan hero kecil saya. Sekian. Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.