Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/12/02

Kenapa Tumit Kaki Merekah Dan Cara Merawatnya Yang Paling Mujarab

Kenapa Tumit Kaki Merekah Dan Cara Merawatnya. Dah lama saya tak mengalami tumit kaki yang merekah. Ini kerana kulit saya bukanlah yang mudah alah dengan sesuatu seperti simen, kulit kering dan sebagainya yang biasa dialami oleh wanita lain. Tetapi entah apa sebabnya, sejak kebelakangan ini tumit kaki mudah merekah pulak.. risau tu. Kadang-kadang terasa pedih bila rekahan itu semakin dalam. Ni yang dok risau cari apa puncanya. Sat lagi kita share ya..

Kenapa tumit kaki merekah?

Melalui pembacaan saya daripada majalah ada beberapa punca mengapa tumit kaki merekah. Antaranya:

Kenapa Tumit Kaki Merekah Dan Cara Merawatnya
1. Alahan
2. Silap pilih kasut yang dipakai, mungkin kurang sesuai
3. Kulit kering
4. Penyakit kulit, kulit terlalu nipis dan sensitif

Antara kesan paling teruk rekahan pada tumit adalah jangkitan bakteria, berdarah dan sakit mencucuk-cucuk ketika berdiri.

Ada sesetengah orang punca daripada main air terlalu lama ataupun selalu pijak ditempat keras dan bersimen tanpa ada pelapik. Secara saintifik, masalah tumit ini berpunca daripada proses xerosis iaitu masalah kekeringan yang melampau. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.

Cara Merawat Tumit Kaki Merekah 


Baiklah. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk merawat kulit kaki.

1. Gunakan krim


Ada banyak krim tumit kaki yang boleh melembutkan bahagian yang merekah. Sapukan bahagian yang merekah secara perlahan-lahan. Jika terkasar ditakuti bahagian yang merekah itu semakin terluka.

2. Bersihkan tumit kaki


Selalu bersihkan tumit kaki selepas seharian penat berjalan. Menggosok atau melakukan skrub tumit bagus untuk menanggalkan kulit mati yang terkumpul. Tapi ingat jangan terlalu kerap melakukannya dan gosok tumit perlahan-lahan.

3. Gunakan kasut yang betul


Kasut dengan tapak yang sesuai adalah bagus dan boleh mengelakkan tumit kaki merekah. Dapatkan tapak kasut yang dapat menahan tekanan dan hentakan pada tumit ketika berjalan.

4. Gunakan stokin


Sarung kaki yang kerap bermasalah dengan stokin. Dengan menggunakan stokin kaki, potensi untuk tumit kaki merekah adalah berkurangan.

Kenapa Tumit Kaki Merekah Dan Cara Merawatnya

5. Rawat tumit merekah dengan belimbing buluh


Sediakan beberapa biji belimbing buluh. Lenyek kasar belimbing tersebut dan kemudian gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit. Amalkan selalu. Hasilnya, masalah kulit pecah dan merekah pada tumit akan hilang. Malah, ia dapat membantu menghaluskan kulit pada bahagian tersebut.


6. Gosokkan bawang putih pada tumit kaki


Tumbuk beberapa ulas bawang putih. Campurkan dengan sedikit perahan limau nipis. Kemudian, sapu dan gosokkan ia pada tumit kaki.

Kenapa Tumit Kaki Merekah Dan Cara Merawatnya


7. Campuran Sedikit Gambir dan minyak kelapa


Campurkan sedikit gambir dengan minyak kelapa. Gosokkan pada tumit selama beberapa minit sebelum dibilas bersih. Lakukan setiap hari hingga menampakkan hasilnya.

8. Sapukan minyak kelapa atau minyak zaitun pada tumit yang merekah


Ada pelbagai jenis minyak yang boleh anda gunakan, misalnya minyak zaitun, kelapa dan bijan. Untuk hasil yang terbaik, gunakan minyak ini sebelum tidur untuk memberikan masa yang cukup agar minyak dapat menembusi kulit tumit kaki anda yang bermasalah. Cara penggunaannya cukup mudah, anda perlu bersihkan tumit kaki anda terlebih dahulu menggunakan air sabun dan batu apung. Selepas itu, sapukan minyak sayur ke bahagian tumit dan tapak kaki.

Itulah sebahagian cara rawatan tumit kaki merekah yang boleh dilakukan. Sentiasa peliharan anggota badan anda dengan seimbang walau ia terletak di tapak kaki. Kalau tumit dah merekah dan terluka.. nak berjalan pun sakit dan pedih tau. Kesian tengok rakan-rakan yang  mengalami masalah seperti itu.

2 comments:

  1. Asalam ..entri manfaat kepada ramai pembaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Etuza yg rajin komen entri saya. Semoga bermanfaat dan tuan terus berjaya dalam dunia blog..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.