Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/12/07

Bacalah Ayat Dan Zikir Ini Untuk Rawat Kepedihan Hati Atas Takdir

Bacalah Zikir Ini Jika Menghadapi Kepedihan Takdir. Bacalah zikir ini dan ayat untuk buang kepedihan takdir. Ustazah Norhafizah Musa, dalam ceramahnya ada mengajarkan satu ayat dan zikir yang mampu membantu buang hati yang pedih dengan takdir yang dihadapi. Bak kata ustazah lagi, takdir tak pedih.. kita rasa pedih sebab hati kita kotor.

Bila Allah datangkan sesuatu ujian, kita rasa pedih hati dan merungut. Berkeluh kesah.. itu tanda hati kita kotor! 

Jadi, mari sama-sama kita amalkan ayat dan zikir yang diajarkan oleh ustazah Norhafizah Musa untuk buang pedih dalam hati atas takdir yang menimpa.

Bacalah Zikir Ini Jika Menghadapi Kepedihan Takdir


Inilah ayat dan zikir yang boleh dibaca dan amalkan selalu jika hati rasa risau dan pedih dengan takdir yang menimpa. Maksudnya, kita serah balik pada kebijaksanaan Allah dalam mengaturkan hidup kita. Yakinlah! Allah Maha Mengetahui.

Bacalah Ayat Dan Zikir Ini Untuk Rawat Kepedihan Hati Atas Takdir

إِنَّ رَبِّى لَطِيفٌ لِّمَا يَشَآءُ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ  ﴿١٠٠﴾؅

Maksudnya:

"...Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." - Surah Yusuf : 100

Lagi satu, jika rasa nak marah sangat pada anak-anak yang nakal dan selalu buat hal, jangan sebut yang bukan-bukan, sebaliknya bacalah ayat al Quran.. seperti di bawah:

Bacalah Ayat Dan Zikir Ini Untuk Rawat Kepedihan Hati Atas Takdir

Maksudnya,:

Kamu akan dapati aku, insyaa Allah dari kalangan orang yang sabar.

Dalam rumi:

Satajiduni insya allahhuminassobirin


Alhamdulillah. Terima kasih pada ceramah ustazah Norhafizah Musa yang menyebarkan ilmu yang amat bermanfaat ini. Semoga ibubapa yang membaca perkongsian ini akan mendapat kebaikan yang banyak. Insyaa Allah.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.