Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/11/11

Resepi Kuih Talam Ubi Yang Sedap

Resepi Kuih Talam Ubi Yang Sedap. Enaknya kuih talam ubi yang baru saya makan amatlah membuka selera. Ia mengingatkan kuih yang pernah bonda saya buat sewaktu kecil dulu, samada bingka atau lepat ubi. Memang dah jadi kebiasaan kami. Sarapan semuanya berasaskan ubi kayu. Sebab, masa dulu kan ubi yang mudah ditanam dan dipelbagaikan masakannya. Sekarang ni, orang dah pelbagaikan lebih moden dan terhasillah talam ubi.

Sekarang ni orang jual talam ubi dah semakin mahal. Ada yang jual pada harga RM2.00 dengan 4 ketul saiz kecil talam ubi. So, kalau nak makan banyak kenalah buat sendiri. Baru puas hati.



Resepi Kuih Talam Ubi Yang Sedap


Bahan-bahan:-

Lapisan bawah:

4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg ubi kayu )
1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
1 cawan gula pasir
3 cawan santan cair

Cara membuatnya::

1. Panaskan kukusan. ( Saiz loyang 30 cm )
2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dengan menggunakan tuala bersih.
3. Masukan ke dalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan gula pasir. Gaul sebati.
4. Kukus sehingga masak.
5. Setelah masak, tekan-tekan seperti membuat pulut seri muka.

Bahagian Atas:-

Bahan-bahan:

100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
2 tsp garam
300 ml santan pekat
800 ml air

Cara-cara:

1. Bancuh semua bahan-bahan diatas
2. Tapis ke dalam periuk, masak sehingga naik wap
3. Tuang ke atas lapisan bawah
4. Kukus selama 30 minit.
5. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan tisu.. biarkan sebentar dan tutup api..

Siap untuk dihidangkan.

Tips buat lapisan atas


Satukan santan pekat, garam dan tepung gandum/ tepung beras/ tepung ubi, kacau sehingga sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kelapa dia akan pecah-pecah. Guna pemukul telur tangan aje.

Selamat mencuba ye kekawan. Sedap sangat rasanya kuih talam ubi kayu ni. Lembut adunan bahagian ubi tu jangan campur tepung dan sebagainya. Biar ia adunan ubi kayu semata-mata. Lain-lain bahan seperti gula, santan kena masuklah. Hehe..

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.