Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/11/24

Bermain Air Di Starhill Golf & Country Club, Johor

Bermain Air Di Starhill Golf Club, Jalan Kempas Lama. Awal cuti sekolah memang belum ada arrange nak cuti atau jalan-jalan ke luar negeri Johor. Kalau ada pun ajak anak makan di beberapa restoran, cuba resepi/ menu baru. Hehe..


So, pada hari sabtu yang lepas, kami bawa anak mandi kolam je kat Starhill Golf Resort. Boleh lah dari tak ada..

Bermain Air Di Starhill Golf Resort


Bayaran yang dikenakan seperti berikut:

Waktu cuti sekolah/ public holiday:

1. Dewasa 12 - 59 tahun = RM25 , termasuk percuma 1 air dan makanan..
2. Kanak-kanak - umur 5 - 11 tahun = RM12

So, sedialah duit secukupnya.

Perubahan harga sentiasa di update dalam FB Starhill Golf Resort,

https://m.facebook.com › Water-Park › S...

Gambar yang sempat saya ambil,







Gambar budak tembam tu saya ambil sekitar pukul 11.20 pagi. Belum berapa ramai yang datang nak main air. Bila masuk pukul 12.00 tengahari ke atas.. semakin ramai manusia yang memasuki kolam.

Walau anak saya baru berumur 11 tahun, dia boleh memasuki kolam dewasa sebab saiz dan tingginya yang macam budak 15 tahun. Redha je la.. senang hati nak lepaskan dia kat kolam dewasa. Tinggi maksima kolam dewasa adalah sehingga 1.8 meter. Kalau tinggi korang setakat 1 meter lebih sikit, jangan nak mengada masuk ke tengah. Nanti kena jerit dengan penjaga kolam. Haha..

Akhir sekali, jom layan video pemandangan kat sekitar water theme park Starhill Golf Resort, Jalan Kempas Lama.


Selamat bercuti ya!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.