Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/11/28

Apakah Hadiah Yang Terbaik Untuk Seseorang?

Apakah Hadiah Yang Terbaik Untuk Seseorang? Adakah emas permata atau intan berlian yang bernilai ribuan ringgit? Atau kata-kata ini masih releven, "kenang daku dalam doamu" ? Adakah ia dinilai sebagai hadiah yang berharga? Dalam hidup ini kita tak mampu hidup berseorangan. Kita berkehendakkan keluarga, kawan dan sahabat untuk merealisasikan tujuan hidup di muka bumi ini iaitu beribadah kepada Allah.

Tak salah bila hidup saling memberi hadiah antara satu sama lain. Hadiah bukan sahaja berbentuk materialistik tetapi boleh juga dalam bentuk ingatan, dalam bentuk doa, penghargaan dan sebagainya.

Ucapan terimakasih merupakan hadiah yang tak ternilai ke atas sebuah pemberian kepada sesiapa sahaja hinggakan ia boleh menimbulkan rasa senang dan damai pada si pendengarnya.

Apakah Hadiah Yang Terbaik Untuk Seseorang?

13 HADIAH YANG TERBAIK UNTUK SESEORANG


Hadiah tidak harus sesuatu berupa wang atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang di antaranya: 

1. Hadiah terbaik untuk  sahabat adalah Doa.

2. Hadiah terbaik untuk  musuh adalah maaf.

3. Hadiah terbaik untuk  guru adalah Penghormatan.

4. Hadiah terbaik untuk murid adalah Tauladan.

5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah Kasih Sayang.

6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al-Fatihah.

7. Hadiah terbaik untuk orang tua adalah Berbakti.

8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah Penghargaan.

9. Hadiah terbaik untuk suami adalah Kesetiaan.

10. Hadiah terbaik untuk anak adalah Pendidikan.

11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah Kejujuran.

12. Hadiah terbaik untuk orang yang tidak dikenali adalah Senyuman.

13. Hadiah terbaik utk Rasulullah Saw adalah Selawat.

Nabi saw bersabda: "Saling memberi hadiahlah, nescaya kalian akan saling mencintai." 

Selalulah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, karena pemberian anda hari ini adalah ganjaran utk dunia dan akhirat. 

Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah... ﻻَ حَوْﻝَ ﻭَﻻَ ﻗُﻮَّﺕَ ﺍِﻻَّﺑِﺎﻟﻠّﻪِ

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebenarnya ada lagi bentuk hadiah yang boleh diberikan kepada seseorang yang anda kenal atau sebaliknya. Jadikan perkongsian di atas sebagai renungan bersama-sama.

1 comment:

  1. Asalam..hebatnya hadah itu..sangat kagum dengan idea blogger ni..Subahanallah. Terbaik

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.