Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/11/12

5 Penyesalan Manusia Setelah Meninggal Dunia

5 Penyesalan Manusia Setelah Meninggal Dunia. Mati itu pasti. Ajal dan maut ketentuan Tuhan. Itu rahsia Allah yang kita tak tahu langsung. Mungkin ada insan terpilih yang Allah tunjukkan masa ajalnya akan tiba. Hanya orang terpilih. Itu tanda Allah sayang orang itu. Kita suatu hari nanti pasti akan mati. Dunia fana, hanya persinggahan menuju sesuatu yang kekal bernama akhirat.

Manusia akhir zaman (kita) lebih cinta dunia dan takut mati. Banyak yang belum sedar dan membuat persiapan sebelum mati. Salah satu sebabnya adalah kerana kehidupan dunia yang sungguh melenakan.

“Ketika kita mati, roh kita keluar dari mulut dan hidung”. Mata adalah pancaindera terakhir yang melihat roh. Sebab itu orang yang mati matanya terbuka lebar. Semua kita akan menghadap Allah dan memasuki alam kubur. Orang yang bersama kita di dunia akan segera melupakan kita, sedang kita akan menerima balasan perbuatan yang telah kita lakukan di dunia untuk menghadap Allah.

Hidup di dunia bukan bertujuan untuk mati tetapi persiapan menjalani kematian. Allah mencipta manusia dan jin tidak lain melainkan hanya untuk beribadah pada-Nya. Orang yang telah mati akan meminta pada Allah untuk dihidupkan kembali kerana ingin meningkatkan amalan nya. Berikut ini adalah 5 penyesalan kita setelah mati atau meninggal dunia.

5 Penyesalan Manusia Setelah Meninggal Dunia


Jom baca dan renungkan sedalam-dalamnya. Apakah perkara yang kita akan sesali setelah meninggal dunia. Setelah kita tahu, apa yang kita kena buat untuk mengelakkan dari menyesal.

5 Penyesalan Manusia Setelah Meninggal Dunia

1. MENYESAL KERANA TIDAK BERSEDEKAH


Maksud bersedekah dalam perkataan Rasulullah kepada sahabatnya merupakan perbuatan baik. Bukan soal sedekah dalam bentuk wang saja, perbuatan baik yang dilakukan kepada sesama manusia dan makhluk ketika hidup di dunia. Contoh seperti menyayangi binatang, membantu saudara ketika susah, berkata baik kepada orang tua, dan menepati janji.

2. MENYESAL KERANA TIDAK MAHU MENERIMA NASIHAT


Menolak dalam hatinya atau secara terang-terangan seseorang yang menasihatinya tentang kebaikan. Allah menjelaskan dalam Surah Al Mulk ayat 6 – 11,  "Ketika manusia dilempar ke dalam neraka sebab memperoleh azab Jahannam, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan. Setiap orang kafir dilemparkan, penjaga neraka bertanya apakah mereka tidak diberi peringatan saat di dunia. Penghuni neraka menjawab sesungguhnya telah datang kepadanya seorang pemberi peringatan namun mereka mendustakannya. Mereka pun menyesal dan mengakui dosa-dosa mereka."


3. MENYESAL KERANA TIDAK MENDIRIKAN SOLAT


Kita tidak dapat meminta kematian untuk datang lebih awal atau menundanya. Ketika manusia menghadapi kematian ternyata masa mudanya disia-siakan, manusia itulah yang rugi. Sedangkan Allah telah memberi naungan kepada 7 golongan, salah satunya adalah anak muda yang hidup dalam ketaatan pada Allah.

4. MENYESAL KERANA MEMUTUSKAN TALI SILATURAHIM


Orang yang memutuskan silaturahim kepada teman atau saudaranya, kemudian meninggal maka ia akan rugi. Kerana Rasulullah menganjurkan kita untuk tidak memutuskan hubungan persahabatan atau kekeluargaan, benci-membenci, dan dengki-mendengki sesama manusia.


5. MENYESAL KERANA TIDAK PERNAH BERDAKWAH


Dakwah adalah ajakan atau seruan kebaikan kepada manusia yang lain. Dakwah tidak semestinya perlu berdiri di atas pentas, dilihat oleh jutaan umat manusia, atau ceramah di masjid-masjid. Dakwah adalah kewajipan bagi setiap umat Muslim. Ia dapat dimulai dari seorang suami kepada isteri dan anak-anaknya, sahabat di sekolahnya, teman sepejabat, bahkan daripada anak kepada orang tua jika sekiranya orang tua melencong dari ajaran Allah.

Itulah 5 penyesalan setelah kita mati atau meninggal dunia.  Apa pula 5 penyesalan semasa kita hidup? 5 penyesalan kita semasa hidup ialah apabila kita tidak mampu untuk menunaikan 5 waktu solat fardhu untuk setiap hari..

Ya Allah.. kau datangkanlah semangat yang luar biasa dan bertahan dalam perjalanan menuju jannahMu. Izinkanlah kami terus istiqamah dan janganlah kau bolak balikkan hati kami lagi. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMu jua.

Wallahua'lam...

1 comment:

  1. Terima kasih atas nasihat dan peringatan ni..😭😭😭

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.