Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/11/25

10 Tips Kebahagiaan Anak-Anak Oleh Prof Dr Muhaya

10 Tips Kebahagiaan Anak-Anak Oleh Prof Dr Muhaya - Kebahagiaan anak-anak adalah keutamaan ibubapa, mana ada ibubapa yang mahu anaknya susah, derita, sakit dan sebagainya. Kalau boleh segala kesenangan duniawi nak bagi pada anak-anak. Anak adalah amanah Allah. Sewaktu lahir mereka ibarat kain putih. Kita yang mencorakkan warna apa mereka akan jadi. Insyaa Allah, berpeganglah kepada tali Allah, amalan sunnah dan hidup berpandukan al Quran.. hidup akan bahagia dunia akhirat.

Mari sama-sama kita renungi tip-tip kebahagiaan anak-anak seperti saranan Prof Dr Muhaya, yang boleh kita mula amalkannya sekarang. Belum terlambat untuk melaksanakan tip yang diberikan di bawah ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

10 Tips Kebahagiaan Anak-Anak Oleh Prof Dr Muhaya
Gambar credit Google

10 Tips Kebahagiaan Anak-Anak Oleh Prof Dr Muhaya


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain-lain. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

10 Tips Kebahagiaan Anak-Anak Oleh Prof Dr Muhaya
Gambar credit Google

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.

[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia..... untuk faham agamanya", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

10 Tips Kebahagiaan Anak-Anak Oleh Prof Dr Muhaya
Gambar credit Google

Alhamdulillah.

Jika anda rasa perkongsian tentang tips kebahagiaan anak-anak di atas amat bermanfaat, kongsikan pula kepada rakan-rakan yang lain sebagai amalan kebaikan kita di atas muka bumi ini. Jika anak-anak dah besar panjang, boleh sebarkan ke whatsapp keluarga pula agar anak-anak boleh memahami apa yang telah kita perbuat untuk kebahagiaan mereka dari kecil hingga dewasa. Sesungguhnya ilmu yang baik-baik datangnya dari Allah.. maka sebarkanlah kebaikan ini.

Wallahu'lam.

1 comment:

  1. Sejuk hati membaca di blog ni pagi hari ini..ambil manfaat kepada yang anak2 masih kecil ya

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.