Siapakah Khabib Nurmagomedov Peninju Dagestan Yang Di Geruni

Siapakah Khabib Nurmagomedov Peninju Yang Digeruni Semua Lawan. Aksinya di atas pentas UFC - Ultimate Fight Championship amat digeruni, berani macam singa dan kelihatan sangat kering hatinya. Apabila jatuh, dia bingkas bangkit hinggakan akhirnya lawannya si Mc Gragor terus terkedu dan terduduk!

Kenapa dua tiga hari ni nama Khabib disebut-sebut dan menimbulkan kontroversi? Apakah yang berlaku sebenarnya? Siapakah Khabib Nurmagomedov yang wajahnya digambarkan berjambang seperti singa dalam kebanyakan akhbar dan media sosial di seluruh dunia?

Siapakah Khabib Nurmagomedov Peninju Dagestan Yang Di Geruni

Siapakah Khabib Nurmagomedov Peninju Dagestan Yang Di Geruni

Siapakah Khabib Nurmagomedov Peninju Yang Digeruni Semua Lawannya


Jom baca coretan peribadi Dr Kamilin Jamilin yang katanya kenal dengan Khabib dan rakan-rakannya.

"TAHNIAH diucapkan pada KHABIB NURMAGOMEDOV dari Dagestan kerana kemenangan besarnya ke atas Conor McGragor yang dikenali bermulut lancang!

Kebiadapan McGragor sebelum ini memang menyakitkan hati, dari mengucapkan "assalamualaikum" sambil menghulurkan wisky kepada Khabib penuh angkuh kerana mahu melakukan provokasi agama hingga memanggil Khabib sebagai "terrorist" hanya kerana beliau seorang muslim.

Khabib hanya menahan diri dengan segala ejekan dan provokasi sehinggalah hari ini beliau melepaskan segala kegeramannya kepada McGragor di dalam gelanggang dengan membelasahnya agak teruk dengan kemahiran gustinya sehingga tak terkata McGragor.

Akhirnya McGragor menyerah kalah apabila dikunci lehernya sehingga tidak mampu melepaskan diri.

Selepas kemenangan, Khabib sedikit hilang kawalan dengan menyerang konco-konco McGragor di luar gelanggang yang saya pasti kerana beliau diprovoksi agama atau provokasi rasis.

McGragor yang "kerana mulut badan binasa" hanya mampu terjelepok diam menyaksikan "kegarangan" Khabib sorang-sorang menyerbu gengnya!

Aksi berani mati Khabib pada akhir perlawanan tersebut mengingatkan saya pada sahabat-sahabat Dagestan saya dahulu di Madinah yang juga rata-rata berhati kering sepertinya."

Saya sering bersama mereka, menyaksikan pergaduhan mereka, malah pergi haji bersama menaiki lori Kamaz sambil dikejar polis. #DrKamilinJamilin

Terkadang saya juga akan cuba bergusti dengan mereka ketika mengulangkaji malam periksa di masjid universiti.

Mereka ini hidup di bukit-bukit banjaran Kaukasus yang memang dikenali sebagai bangsa perang dan gagah.

Gusti merupakan permainan asasi sejak dari kecil.

Kalau dilihat pada telinga kanan Khabib seakan telah tercobek.

Di sana, pemilik telinga sedemikian memang digeruni kerana menggambarkan empunya badan seorang kaki gusti sehingga tercobek telinga.

Kata Dr Kamilin lagu, Khabib yang merupakan sahabat pada sahabat baik saya Gazi Magomedov, seorang "fighter" UFC yang tidak pernah terkalah setakat ini dengan rekod kemenangan 27-0.

Khabib juga seorang muslim yang baik dan cuba menjadi ikon muslim yang baik kepada dunia.

Menurut Dr Kamilin Jamilin lagi, Sahabatnya Gazi selalu bercerita tentang Khabib.

Sampai awal pagi ayah dan orang kampungnya tak dapat tidur ternanti-nanti perlawanan ini.

Dikala para fighter sepertinya ramai yang bersikap liar, beliau pula menjaga kelakuan dan lisannya, serta sering melaungkan "alhamdulillah" pada setiap kemenangan atau sidang medianya, dan sering menyuarakan Islam sebagai keutamaannya berbanding sukan semata-mata.

Atas alasan ini, beliau menjadi mangsa "boo", dikecam dan dicemuh ramai di barat.

Apapun, kami bangga dengan kemenangan bergaya juara bertahan: Khabib Nurmagomedov!

-Dr. Kamilin Jamilin-


Gambar koleksi peribadi Khabib yang kini viral di seluruh dunia kerana keberaniannya melawan semula terhadap kebiadapan Mc Cragor yang menghina bapanya, agamanya dan memanggilnya sebagai terorist!

Siapakah Khabib Nurmagomedov Peninju Dagestan Yang Di Geruni



Jika lihat dalam gambar, Khabib telahpun berkahwin dengan wanita yang tak diketahui identitinya.

Peninju Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov membuat dunia berasa kagum. Khabib memiliki rekod menakjubkan. Dari 25 perlawanan yang dilalui, dia tak pernah kalah sekalipun.

Khabib, merupakan Muslim asal Dagestan, desa di pelosok Rusia. Pada 30 Disember 2017, Khabib menjalani pertarungan ketat dengan Edson Barboza.

"Saya merasa mewakili negara saya. Bukan hanya negara saya, tapi semua bekas negara anggota Uni Soviet, kerana saya memiliki penggemarnya yang sangat besar di sini dan saya memiliki lebih dari satu juta penggemar Muslim," kata Khabib kepada The Guardian.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.