Resepi Tauhu Goreng Lengkuas

Resepi Tauhu Goreng Lengkuas. Lengkuas lagi? Hmm.. saya nak share resepi yang jarang-jarang kita makan pula. Mengikut bacaan dan pengalaman rakan-rakan saya, lengkuas amat luas dan kerap penggunaannya di sesebuah daerah di Indonesia. Macam kita kat Malaysia, nampak lengkuas banyak diguna masa hari raya. Ada masak banyak dan lauk pauk grand dan legend. Barulah sibuk nak cari lengkuas.


Jangan tak tahu ya, lengkuas ni selain untuk sedapkan masakan.. ia juga mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan.

Contohnya, jika anda mengalami cirit-birit, kunyah beberapa hiris lengkuas segar sebagai pengubatan alternatif. Lengkuas mengandungi banyak vitamin penting yang diperlukan oleh manusia seperti zat besi, sodium, vitamin A dan C, flavonoid dan fitonutrien.

Resepi Tauhu Goreng Lengkuas
Gambar kredit Google

Resepi Tauhu Goreng Lengkuas


Bahan-bahan:

2 keping tauhu
2 helai daun salam
2 sudu teh gula melaka
2 sudu teh garam
600 ml air

Bahan untuk dikisar: 

100 gram lengkuas
8 bijibawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1½ sudu teh ketumbar

Cara menyediakannya:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih. Biarkan sehingga semua bahan telah serap dalam tauhu. Matikan api  biarkan seketika hingga sejuk. 

2. Panaskan minyak dalam kuali (deep fry)

3. Goreng tauhu hingga garing dan berwarna perang kecoklatan. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah kan? Nak cuba? Anda boleh ikuti langkah demi langkah di atas dan cuba resepi tauhu goreng lengkuas ni untuk family tersayang.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.