Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/10/07

Resepi Kerang Masak Goreng Bercili Yang Sedap

Resepi Kerang Masak Cili Yang Sedap. Sewaktu pergi pasar pagi di pasar tani peladang, dapat beli sedikit kerang yang agak fresh. Besar juga saiznya. Pada mulanya nak masak singgang je, rebus-rebus ringkas. Tapi ketika tengok rancangan makan kat TV ada tunjuk kerang masak sambal. Apalagi.. idea dah datang. Boleh masak kerang sambal, ala Sheila Rusly dimana kulit kerang tinggalkan separuh. Baru betul terasa makan kerang sambal yang fresh. Kalau setakat kerang yang dah dikopek semua, dah biasa.

Baca resepi lain .. [Koleksi resepi kek kukus paling sedap.. 😘😘😘]

Jom tengok resepi dan cara masak kerang sambal ala Sheila Rusly. Hehe... kita share ramai-ramai ya

Resepi Kerang Masak Cili Yang Sedap

Kerang Masak Bercili Ala Sheila Rusly Yang Sedap


Bahan-bahan:

*Bawang Besar 2 biji
*Bawang putih 4 ulas
*Halia 1 inci
*Cili besar merah 2 biji
*Cili padi merah 7 8 biji
Blend bahan bertanda *
Serai 2 btang hiris panjang dan nipis..
Sos tiram secukupnya
Sos cili secukupnya
Maggi cukup rasa
Lada benggala (ikut suka nak letak ke x)
Kerang rebus kopek kulit sebelah..

Kredit Resepi : nur kasih fiezaimi fiza

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak. Tumis serai hingga naik bau.

2. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis lagi. Biar sampai cili dan bahan masak betul.

Resepi Kerang Masak Cili Yang Sedap
Tumis serai dulu baru masukkan bahan kisar

3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan kerang yang dah direbus tadi, kacau rata lagi. Perisakan dengan maggi secukup rasa. Kalau tak ada, guna garam dan ajinomoto pun boleh.

5. Hiaskan dengan cili/ lada benggala, jika suka.

Kerang masak cili yang sedap dan yummy dan siap dimasak. Kalau nak ratah pun boleh dan makan dengan nasi putih pun boleh.

Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Asalam..pakar memasak..resipi semuanya menyengat sangat mampan

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.