Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/10/10

Petua Masak Lemak Cili Padi Telur Itik Tetap Cantik Dan Tak Pecah Bentuknya

Cara Masak Lemak Cili Padi Telur Itik Tetap Cantik Dan Tak Pecah Bentuknya. Inilah caranya yang mudah. Nak masak telur ayam atau telur itik lemak cili padi supaya tetap pejal kejadiannya. Ada macam-macam cara yang saya kompilasikan dari FB Group MAHN. Semoga cara dan petua yang dikongsikan dalam blog boleh dicuba oleh medium yang lebih luas.

Oh ya, bagi yang menghadapi masalah telur itik tu mungkin dah masuk angin atau ertikata lain dah lama, beli telur itik yang baru, masa nak masak gulai pecahkan telur itik dalam bekas lain dulu kemudian baru masukkan dalam gulai atau lemak cili padi anda.

Petua Masak Lemak Cili Padi Telur Itik Tetap Cantik Dan Tak Pecah Bentuknya

Nak kenal telur itik baru dan segar, warna dia putih bersih dan bila digocang padu isinya, kalau yang lama warna kulit pun agak kusam dan isi telurnya kalau digocang macam ada ruang udara dalamnya.

Cara Masak Lemak Cili Padi Telur Itik Tetap Cantik Dan Tak Pecah Bentuknya


Petua Masak Lemak Cili PadiTelur Itik Tetap Cantik Dan Tak Pecah Bentuknya

Ada macam-macam cara. Saya share dari FB.

1. Kuah dah mendidih pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kecilkan api elok je kejadiannya.. telur dah ok baru masukkan pati santan.

2. Masak kuah dulu.. telur tu pecahkan dalam mangkuk lain.. bila nak masukkan telur, api perlahankan. Bila telur tu macam dah masak, guna sudu slow-slow terbalikkan dia.. insyaa Allah elok je kejadiannya..

3. Boleh juga pecah kan dalam air panas yang mendidih baru masuk kan dalam kuah, santan tak pecah bulat gitu cantik hasilnya. Guna periuk berasingan.

4. Garam kena masukkan last sekali... kalau masuk garam awal telur itik akan pecah dan tak cantik.

5. Didihkan air.. pastu masukkan cuka makan sikit.. sampai air tu mendidih. Pecahkan telur dalam mangkuk lain. Letak pelahan-lahan

6. Masa didihkan air tu, masukkan cuka sekali. Lepas tu baru pecahkan telur. Memang telur tak pecah dan cantik sekali kejadiannya. Rebus air campur sekali dengan cuka.. Pecah kan telur dalam air rebusan tu.. Telur jadi cantik dan elok. Buat sebiji-sebiji..

Amacam?? Faham dah nak buat masak lemak cili padi telur itik? Kalau tak faham.. buat je macam selalu kita buat, pecahkan telur dan kacau sekejap. Hasilnya telur masak lemak cili padi tu hancur berkecai.. hehe, tapi yang penting masuk mulut kenyang, ya dak??😊😊

2 comments:

  1. Petua memasak..resipi yang menawan selera rasa..Asalamualaikum pagi subuh hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Etuza. Petua dan resepi selalu seiringan.. 😊

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.