Ikhtiar Terapi Air Hujan Untuk Segala Penyakit Dan Gangguan Jin

Terapi Air Hujan untuk segala penyakit & Gangguan Jin. Perkongsian ini saya sebarkan dari facebook seorang doktor. Memang ada yang pertikaikan terapi yang disarankan oleh doktor tersebut. Ada yang ketawa sinis dan menidakkan terapi air hujan ni. Bagi saya senang je.. bila ia dilakukan dengan niat dan doa bersungguh-sungguh kepada Allah, tak ada salahnya. Perkongsian doktor ni bukan nak suruh kita bunuh diri dengan air hujan. Tawakkal dan bersih hati. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Kun fayakun! Siapalah kita nak berbalah dalam hal yang mudah ini. Siapa nak ikut, silakan. Namanya pun terapi. Kita usaha, yang selebihnya Allah yang laksanakan. Air mutlak, solat dan doa. Moga Allah izinkan..

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penentraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu). (Surah al anfaal,, ayat ke 11)

Ikhtiar Terapi Air Hujan Untuk Segala Penyakit Dan Gangguan Jin

Terapi Air Hujan Untuk Segala Penyakit Dan Gangguan Jin


Kalau hujan turun jangan masuk rumah... tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya.. Tapi selalu orang tua kita melarang kita mandi hujan sebab takut sakit🤕 ... & larangan itu kita wariskan pula ke anak-anak kita...Ini pemahaman yang salah.

Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sbb air hujan tp sebab dalam badan byk benda kotor dan air hujan tu sbg bahan cuci utk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan. Kadangx Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu. Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dgn Ruqyah Syar'iyyah... Salah 1 cara SCAN diri tu adalah dgn Mandi air hujan...ada juga orang mandi hujan tak juga sakit-sakit sebab badannya bebas jin. Alhamdulillah

Tapi mandi bukan sembarangan mandi.. Ada cara & kaedahnya... di bawah kami ajarkan...

Niat - Niatlah dlm hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah utk apa kita mandi hujan...

Cth 1: menghancurkan jin yg zalim ke atas jasad kita (niatkan & mohon pd Allah jadikan air hujan sbg api & asid yg membakar badan jin dlm badan kita.

Cth 2: anak degil @ hyperaktif umur (5 thn ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata2 org tuanya...& dihilangkan gangguan syaitan...org tuanya xperlu mandi hujan cukup memerhatikan & baca ayat2 di bawah sehingga didengari anknya...
Dan apa shj niat bergantung penyakit & keluhan masing2.

Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.

Air hujan yg digunakan utk terapi ini mesti yg turun terus dari langit.Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dgn baldi.

Air hujan yg turun sebaiknya hujan yang lebat bukan gerimis.

Ikhtiar Terapi Air Hujan Untuk Segala Penyakit Dan Gangguan Jin
Air hujan yang lebat, bukan gerimis

Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil utk dibuat minum. In shaa Allah ini jg adalah penawar.

Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dgn ayat2 standard iaitu Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yg lain mengikut jenis penyakit.

Baca terus sehingga sekurangnya 15minit-30minit sambil mandi air hujan.

Jika terasa sakit dibahagian badan tertentu tepuk2 dan jika ada rasa mual mau muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yg mau keluar melalui cara ini(cara yg normal & tidak menyakitkan)

Sental2 badan seperti menggosok daki di badan.Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.

Selesai mandi badan jangan dilap...kecuali rambut.Biar kering sendiri.

Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari...atau 7 hari berturut.Kalau hujan xturun hari berikutnya nasib lahhh....tunggu lah hujan turun lagi...

Lain kali hujan turun jangan mengeluh.Ada manfaatnya bagi org lain.Bagi org yg berakal dgn pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.

Wallahu'alam bissawab 
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan
Sumber Dari facebook, sekadar perkongsian dan pandangan peribadi saya. Terapi air hujan dari langit boleh menyembuhkan penyakit. Insyaa Allah.


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.