Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/10/13

Di Larang Merokok Di Semua Premis Makanan & Warung Mulai 1 Januari 2019

Di Larang Merokok Di Semua Restoran & Warung Mulai 1 Januari 2019. Larangan merokok akan dikuatkuasakan mulai tahun depan di semua premis makanan. Warung pun sama. Anda boleh dikenakan denda jika melanggar larangan tersebut. Dari zaman sekolah pun kita dah tahu bahaya rokok kepada si perokok dan orang sekitarnya. Dah tahu bahaya dan kesannya, kenapa masih degil nak merokok jugak! Bagi anda perokok tegar, berubahlah sebelum terlambat. Saya pun nasihat orang-orang terdekat dengan saya agar berhenti merokok secara perlahan-lahan. Hinggalah akhirnya anda boleh hidup tanpa asap rokok.

Di Larang Merokok Di Semua Premis Makanan & Warung Mulai 1 Januari 2019

Di Larang Merokok Di Semua Restoran & Warung Mulai 1 Januari 2019


Larangan merokok di premis makanan dan warung denda RM10,000

Sila patuhi:

1. Individu jika gagal patuhi, denda maksimum RM10,000 atau penjara tak lebih 2 tahun

2. Pemilik premis makanan denda RM2,500

Cadangan tentang larangan tersebut sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa mulai tahun depan.

Arahan larangan merokok akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019. 

Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, larangan tersebut sudah lama diwujudkan di bangunan-bangunan kerajaan dan restoran-restoran tertentu sahaja. Namun kali ini ianya melibatkan semua restoran termasuk warung-warung ditepi jalan.

Menurut beliau lagi, pihak mereka tidak akan berkompromi apabila ia membabitkan aspek kesihatan orang ramai walaupun menyedari akan ada perokok dan juga pemilik restoran memberikan pelbagai reaksi malahan bantahan mengenai arahan tersebut.

Kita pun tahu bahaya asap rokok kepada kesihatan kita hinggakan orang sekeliling yang tak merokok pun boleh mendapat kesannya. Bukan sikit pulak tu, apa yang penghisap rokok dapat.. orang sekeliling mereka pun kena jugak. Itulah bahayanya rokok dan asapnya.

Tambahnya lagi, larangan tersebut merupakan satu langkah KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar dari penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

Masyarakat bukan perokok berhak menikmati makanan mereka tanpa gangguan pencemaran asap rokok yang boleh menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka. Peniaga juga tidak perlu risau akan risiko kekurangan pelanggan kerana kita yakin pelanggan akan lebih ramai kerana berasa selesa tanpa gangguan asap rokok.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.