Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/10/16

Contoh Surat Rayuan Untuk Pergi Haji Musim 1440H

Contoh Surat Rayuan Untuk Pergi Haji Musim 1440H. Jika anda nak cuba membuat rayuan untuk mendapat tawaran pergi haji tahun depan 2019, bolehlah buat rayuan kepada tabung haji.

Dan paling awal surat ni boleh dihantar ialah pada 1 Rabiulawwal 1440H / 9 november 2018. Cepat bertindak, takut jika lambat kuota dah penuh.

Sesiapa pun boleh tulis surat rayuan untuk pergi haji dengan syarat utamanya tentulah telah mendaftar dengan Tabung Haji dan wang simpanan telah mencukupi. Sebab-sebab membuat rayuan ada banyak, mungkin faktor umur, kesihatan, sebab kerjaya dan sebagainya.


Contoh Surat Rayuan Untuk Pergi Haji Musim 1440H/ 2019M 



Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:

i. Nama penuh
ii. Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
iv. Tujuan rayuan
v. Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1440H


Sarimah binti Harun
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor

8 November 2018

Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1440H/2019M
NAMA PENUH: SARIMAH BINTI HARUN 
NO. KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
_____________________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2019 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang Mengharap,



(SARIMAH BINTI HARUN)
No K/P: 450101-01-0400


Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

i. e-mel - th-info@lth.gov.my,
ii. faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC

Nota:
Anda semua dipersilakan untuk copy paste contoh surat rayuan haji di atas tanpa meminta kebenaran daripada saya. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.