Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/10/21

Cara Mengatasi Rasa Benci Pada Seseorang

Cara Mengatasi Rasa Benci Pada Seseorang. Kenapa datangnya rasa benci pada seseorang? Adakah ia sebuah dendam atau anda sendiri rasa dikhianati oleh perbuatan seseorang terhadap diri anda? Tapi ada sesetengah orang kata, benci tanda sayang! Betul ke? Rasa benci itu terjadi antara berlainan jantina atau sesama jantina? Jika itu diambil kira, bermakna anda membenci kerana sebuah penipuan. Betul ke?

Apakah sebabnya kita membenci seseorang? Ada pakar psikologi mengatakan kita membenci kerana perkara-perkara berikut seperti dikhianati, ditipu, dimalukan di hadapan orang lain, rasa orang lain lebih dari kita, suka menganggu privasi dan sebagainya. 

Jadi, bagaimana cara nak atasinya? Adakah rasa benci mudah di atasi? Atau, ada tak makanan yang boleh merawat rasa benci? Hehe... jom baca cara nak atasi rasa benci seperti di bawah.

Kalau saya benci dengan seseorang, saya anggap je yang orang itu sebagai badut. Anda boleh bayangkan badut macam mana?? Ya.. pakai warna warni dengan muka kelakar tu kan? Bila tengok badut kita pun tak rasa apa-apa kan? So.. anda boleh try cara saya itu.

Cara Mengatasi Rasa Benci Pada Seseorang


Cara Mengatasi Rasa Benci Pada Seseorang

Saya cuba senaraikan cara mengatasi rasa benci pada seseorang. Samada yang kita benci itu rakan, bekas kekasih/ suami/ isteri.. pasti ada jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi rasa benci tersebut.

Elakkan Dari Bertemu


Jika benci sangat dengan seseorang, elakkan dari bertemu atau bertembung dengan mereka. Jika kebiasaan rakan yang anda benci itu makan di kafe A, anda pergilah ke kafe B. Elakkan bertembung, jika tak mahu insiden macam anjing dan kucing berlaku, ya!

Pujuk diri sendiri untuk terima kenyataan


Pujuklah diri anda mengatakan bahawa sudah ditakdirkan anda bertemu dengan orang yang salah. Terimalah kenyataan. Tarik nafas dalam-dalam jika anda terpaksa berhadapan dengannya kerana pekerjaan. Anggap dia tak wujud, sudah..


Tunjukkan posisi terbaik anda 


Seseorang benci anda mungkin bersebab. Antaranya anda tak bertindak sebagai ahli pasukan yang produktif. Atau jika sidia yang anda benci itu adalah bekas kekasih atau bekas suami/ isteri.. tunjukkan potensi terbaik anda pada masa sekarang. Mungkin dahulu anda ada kelemahan, gemuk, tak menarik, kurang bijak.. maka kini tiba masanya tunjukkan posisi terbaik anda kepada orang yang membenci anda itu. Okay!


Anggap orang itu sebagai takdir yang ditentukan


Selain itu, anggap je anda telah bertemu dengan orang yang salah. Untuk membuang rasa benci tersebut, anggap sahaja orang yang anda benci itu sebagai sebuah takdir yang telah ditentukan. Allah tak ketemukan kita dengan orang yang salah tanpa sebab. Ambil hikmah pengajaran daripadanya. Boleh kan??

Mengadu kepada Allah


Bercerita dan mengadu kepada Allah merupakan satu terapi diri yang amat berkesan untuk menghilangkan rasa benci. Rasa dalam hati tu Allah yang bagi, maka mintalah kepada Allah agar membuang rasa benci dalam hati kita kepada hamba ciptaanNya yang lain. 

Memaafkan adalah dendam yang terindah


Akhir sekali, memaafkan orang yang anda tak suka atau benci itu adalah satu kemenangan. Maka, sebenarnya anda telah menang apabila anda memaafkan mereka yang anda benci. Mungkin seseorang itu pernah memaki anda, atau boss di tempat kerja anda memalukan anda di hadapan rakan sekerja. Timbullah rasa benci pada boss, kan? So.. apa salahnya memaafkan orang yang kita benci itu jika cara itu telah membuatkan hati kita lebih tenang. Tak gitu?

Membenci seseorang adalah satu kerja yang penat. Kita kena menjaga hati sendiri, emosi sentiasa terganggu dan prestasi kerja juga jadi kurang baik, terutama jika orang yang dibenci itu adalah rakan sekerja atau boss sendiri. Kalau benci bekas kekasih/ isteri/ suami tak apa juga.. tak menghadap hari-hari. 

Jadi, pilih jalan penyelesaian segera agar anda tak lelah menghadapi tekanan sepanjang masa. 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.