Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah. Siapa tak suka dengan cream puff, lebih-lebih lagi dengan inti kastard yang meleleh apabila masuk di mulut. Kalau dapat saiz yang comel, sekali ngap terus habis. Saya kongsikan resepi ni dengan anda semua sebab suka dengan kuih ni. Cara nak buat pun amatlah senang. Nanti kita ikut langkah demi langkah caranya ya..

Oleh kerana nama pun resepi cream puff inti kastard langkah demi langkah, maka resepi kali ni agak panjang dan terperinci. Jangan bosan pulak ya. Insyaa Allah, jika ikut cara yang ditunjukkan, cream puff anda pasti jadi.

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah
Cream puff inti kastard kuih kegemaran

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah 


Bahan-bahan Cream Puff:

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah
Cream puff inti kastard yang gebu

1 cawan tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cawan butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) - dipukul sebati
1 sudu teh esen vanilla
1sudu besar gula
secubit garam

Cara penyediannya:

1- Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair

2- Kemudian masukkan gula dan garam

3- Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk.

4- Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.

5- Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)

6- Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang.

7- Paipkan adunan bentuk rosset di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat.

8- Spray permukaan doh/ rosset dengan air untuk bantu doh naik bila dibakar

9- Bakar pada suhu 200’c selama 15 minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20 minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan..

(Kalau tak belah cream puff, masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi)

Bahan-bahan inti kastard:

1 sudu besar tepung gandum
1sudu besar tepung custard
200 ml susu segar
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sudu besar marjerin/ butter
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan:

1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul

2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.

3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.

4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.

5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff dengan cara belah, cucuk buat lubang sikit dan sebagainya. Ikut kreativiti masing-masing.

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah
Sedapnya cream puff

Selamat mencuba ya.

Siapa suka makan cream puff inti kastard ni kita geng. Kat tempat saya ada dah orang jual kat gerai sarapan dengan harga 2 ketul RM1.00. Kalau suka yang comel-comel ada juga yang jual 7 ketul RM2.00. Ikut kawasan jugak.. sampai jumpa lagi di lain resepi ya.

Sumber resepi:
👉 Facebook
👉 Google, olahan sendiri

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.