SEO Score Terkini Untuk Blog Rasa Dan Tips Dot Com

SEO Score Untuk Blog Rasa Dan Tips Dot Com. SEO score terkini untuk blog saya ni adalah 74%. Kalau dulu dengan nama aynorablogs.com boleh cecah score SEO 96%. Itu dulu ya, sekarang dah lain. Redha je, domain dulu dah berkubur kena serangan virus. Nak claim balik dah malas. Nanti nak kena bersihkan virus lagi dan macam-macam hal. Akhirnya terpaksa lepaskan..


Sebenarnya susah jugak nak naikkan nama domain baru dalam carian Google. Autoriti tak tinggi lagi sebab baru berapa bulan je. Walau ada beribu entri tapi tak semudah abc nak buat orang percaya pada domain yang baru. Itu salah satu kriteria untuk dapat kepercayaan Google. Huhu..

SEO Score Untuk Blog Rasa Dan Tips Dot Com


Dah lama tak check SEO score untuk blog ini yang telah gunakan domain baru. Cuak juga nak check sebab dah tahu blog lama dengan domain baru ni belum berfungsi sepenuhnya. Maksud saya, SEO dan domain authoritinya. Baru 7 bulan.. kalau dah lebih setahun setengah mungkin boleh dapat score SEO lebih baik. 

Its okay, orang putih kata... life must go on, blog must move on!!

Jom tengok analisis blog saya dengan gunakan applikasi ini, SEOSITECHECKUP.COM . 

SEO Score Terkini Untuk Blog Rasa Dan Tips Dot Com
Daripada 100, score SEO rasadantips.com berada pada 74%. Dan terdapat 5 perkara yang blog ini gagal dalam analisis yang dibuat. 5 perkara tersebut adalah:

● HTML Page size test
● Site loading speed test
● SEO friendly url test
● Keywords usage test
● Heading tags test

Inilah 5 perkara yang blog ini kena perbaiki dan betulkan untuk dapat score SEO yang lebih tinggi. 

SEO Score Terkini Untuk Blog Rasa Dan Tips Dot Com
Blog rasadantips.com dari test mobile. Friendly mobile user.. 

SEO Score Terkini Untuk Blog Rasa Dan Tips Dot Com
Okay..

Tetapi meta title, meta description blog saya telah berjaya buat dengan baik. So.. dapatlah tick hijau tu.. haha

Dari preview google search result pun, blog ini terletak elok dengan meta title, meta description yang jelas. Alhamdulillah..

Tetapi.. yang pangkah dan merah semua saya tak tunjuk. Saja je.. malas nak explain pulak kepada you alls.. sebab kita pun tak pandai sangat tentang SEO... 😎😎😎

Walau apapun halangan.. saya akan teruskan berblog. Kerana apa? Duit? Network? Kemasyhuran? Semua tu bukan ya, sebab utama adalah kerana passion menulis dan berkongsi di arus maya. Maka.. saya akan terus berblog!

1 comment:

  1. Cikgu memang kental. Insyaallah semoga dapat jadi lebih hebat lagi lepas set back ni.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.