Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/02

Senarai Makanan Dengan Zero Kalori

Senarai Makanan Dengan Zero Kalori. Kalau anda dalam situasi sedang berdiet, anda tentu memilih makanan yang boleh diambil atau sebaliknya. Kalau nak senang, ambil makanan yang tidak mengandungi kalori, kurang lemak, gula, garam dan sebagainya.

Dalam entri kali ini, saya nak share tentang makanan yang tidak mengandugi kalori. Senang cakap, zero kalori. Apa yang dimaksudkan dengan zero kalori tu?


Zero kalori adalah makanan yang kita ambil ia tidak menambahkan lemak dalam badan. Sebaliknya memerlukan lebih banyak kalori untuk mencerna makanan tersebut.

Sebenarnya makanan zero kalori ini bukanlah tidak mengandungi kalori sama sekali, tetapi makanan itu mengandungi yang sangat sedikit, sehingga memerlukan lebih banyak kalori untuk mencerna makanan terbabit. Selain disebut sebagai makanan zero kalori, ia juga disebut sebagai makanan kalori negatif.

Senarai Makanan Dengan Zero Kalori


Mari semak senarai makanan yang tidak mengandungi kalori atau bersamaan 0 kalori.

Senarai Makanan Dengan Zero Kalori
 Senarai Makanan Dengan Zero Kalori
1. Seleri
2. Epal
3. Aprikot
4. Tembikai susu
5. Terung
6.  Salad
7. Bawang putih
8. Limau nipis
9. Anggur
10. Blueberry
11. Brokoli
12. Mangga
13. Grapefruit
14. Kobis
15. Betik
16. Dan banyak lagi

Itu antara senarai yang biasa kita makan dan mudah nak cari. Jadi, kalau nak ambil makanan yang rendah atau negatif kalori, pastikan anda mendapatkan panduan yang betul.

Untuk mendapatkan manfaat yang betul dari makanan yang kita ambil, pastikan kita juga mendapatkan info cara memasak dan jumlah hidangan yang kena ambil. Ia penting agar hasrat untuk mendapatkan tubuh yang sihat akan berjaya.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.