Sahabat Yang Manakah Memiliki Syafaat Untuk Membantu Kita Masuk Syurga

Sahabat Yang Manakah Memiliki Syafaat Untuk Membantu Kita Masuk Syurga. Allahuakbar! Apakah saya memiliki teman sahabat yang akan membantu saya masuk ke syurga nanti? Di manakah nak dicari sahabat sebegitu? Apakah ciri-ciri sahabat tersebut yang memiliki syafaat untuk membantu kita masuk syurga? Besarnya khilaf dan dosa kita di dunia, apakah kita mampu menempah syurga Allah bersendirian? Tidak ya kekawan.. nak masuk syurga kena ada sahabat, taulan, ulamak dan makhluk Allah yang lain lagi yang akan membantu kita melorongkan jalan untuk menjadi ahli syurga. Kita kena ada amalan baik yang banyak untuk menghuni syurga. Kita tak boleh bersendirian..


Justeru, antara cara melorongkan diri kita ke syurga adalah dengan memiliki sahabat yang akan mengajak kita ke arah itu.

Sahabat Yang Manakah Memiliki Syafaat Untuk Membantu Kita Masuk Syurga


DARI 7 JENIS TEMAN ATAU SAHABAT, TEMAN MANAKAH YANG MEMILIKI SYAFAAT UNTUK MEMBANTU KITA MASUK SYURGA..?

Sahabat Yang Manakah Memiliki Syafaat Untuk Membantu Kita Masuk Syurga
Sumber: iluvislam

1. Ta'arufan (تعروفا), iaitu teman kenal secara kebetulan, seperti bertemu di kereta, halte bis, cafe dll

2. Ta'ariihan (تعريحا),
Iaitu teman karena faktor sejarah, seperti teman sekampung, sekost, se'almamater dll.

3. Ahammiyatan (احمياتا)
Iaitu teman karena kepentingan (teman bisnis, politik, dll)

4. Faarihan (فاريحا)
Iaitu teman kerana sama hobi (hobi motor, nyanyi, futsal dll.)

5. Amalan (املا),
 Iaitu teman kerana pekerjaan, seperti doktor, guru dll.

6. 'Aduwwan (عدوا),
Iaitu teman yang terlihat seperti baik, tapi sebenarnya penuh kebencian.. musang berjanggut, musuh dalam selimut

7. Hubban_Iimaanan (حبا للايمان)
Iaitu teman yg suka MENGINGATKAN-mu serta MENGAJAK-mu selalu KE JALAN الله SWT.

Dari ke 7 macam teman atau sahabat ini, no. 1-6 akan terhapus di akhirat, & yang tinggal hanya teman no. 7.

Namun, teman no.7 ini selalu dipandang sebelah mata, selain dinilai kononnya berlagak alim, juga tidak menghasilkan manfaat duniawi. Tidak menguntungkan harta kita..

Padahal diakhirat nanti, teman no.7 inilah yang akan diberi SYAFAAT untuk membantumu masuk ke dalam syurgaNYA. Persahabatan yang dilandaskan kerana الله (QS 49:10).

Apabila penghuni syurga tidak menemui teman di dunianya, lalu bertanya kepada الله SWT :

"Yaa Rabb... kami tidak melihat sahabatku yang sewaktu di dunia, solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka  الله SWT berseru:
"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah." (HR Ibnu Mubarokh)

Semoga PERTEMANAN KITA adalah pertemanan Hubban_Iil imaan iaitu teman yang suka saling MENGINGATKAN dan MENGAJAK selalu KE JALAN الله SWT..

Semoga الله SWT boleh mengumpulkan kita di akhirat di dalam Syurga atas Redha dan Rahmat dari Nya.

SATU untuk semua,
semua untuk SATU.
Sumber : M. Imam Zarkasih.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.