Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Di Dalam MyKad Dihentikan

Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Di Dalam MyKad Dihentikan. Berita dari JPJ. Nak renew lesen memandu dah tak boleh dibuat dari MyKad je, anda kena ada lesen yang berasingan selepas ini, iaitu selepas 17 September 2018. Sebelum ni cukup mudah, maklumat lesen memandu dan kad pengenalan disatukan dalam smart card tu. Sekarang dah tak boleh ya.. IC dan lesen memandu ada maklumat berasingan.

Ini info yang kami share dari Facebook rasmi JPJ.

Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Di Dalam MyKad Dihentikan 


PEMBERHENTIAN PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU MALAYSIA DI DALAM MYKAD SELEPAS 17 SEPTEMBER 2018

Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Di Dalam MyKad Dihentikan
Sumber : JPJ

Dimaklumkan JPJ telah membuat keputusan supaya penggunaan sistem maklumat pemegang lesen memandu di dalam peranti elektronik kad pengenalan (myKAD) bagi menggantikan penggunaan kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak diteruskan. Pembaharuan lesen memandu di dalam myKAD adalah sehingga 17 September 2018 sahaja dan tiada pembaharuan selepas daripada tarikh itu.

Pengeluaran Kad Fizikal LMM kepada pemegang lesen atas faktor-faktor yang berikut :

1. Kad fizikal lesen memandu sebagai satu keperluan pelindungan dan keselamatan pemegang lesen memandu yang sah bagi sesebuah kenderaan samada di dalam negara dan di luar negara:

a. Seperti yang telah diperuntukkan di dalam APJ 1987 (Akta 333) di bawah Seksyen 58 menyatakan bahawa, kewajiban pemegang lesen mengemukakan lesen memandunya yang terkandung di dalam kad bagi tujuan pemeriksaan oleh pegawai Polis, Warden Lalulintas atau Pegawai Pengangkutan Jalan

b. Manakala, di bawah kaedah 12, kaedah-kaedah kenderaan motor (Lesen Memandu) 1992 menyatakan bahawa bentuk lesen memandu yang dikeluarkan hendaklah mengandungi maklumat-maklumat pemegang lesen seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, kelas atau jenis-jenis, tarikh berkuatkuasa, gambar, tandatangan Ketua Pengarah dan lain-lain maklumat yang diperlukan dari semasa ke semasa

c. Selanjutnya, perjanjian di bawah United Nations Convention On Road Motor Transport, Geneva 1949 & Convention On Road Traffic 1968 menyatakan bahawa, setiap Negara Perjanji hendaklah mengeluarkan satu bentuk kad lesen memandu yang mengandungi maklumat pemegang lesen memandu.

2. Kesediaan penyediaan teknologi (pembaca kad pintar) masih tidak secara menyeluruh bagi tujuan operasi penguatkuasaan di lapangan dan urusniaga di kaunter dalam mengemaskini (pengeluaran, pembaharuan dan sistem demerit) maklumat lesen memandu pemegang lesen.

3. Keperluan proses baru bagi mengeluarkan kad fizikal lesen memandu bagi warganegara Malaysia yang berniat untuk memandu atau membuat permohonan pertukaran lesen memandu di luar negara.

4. Bagi halatuju masa hadapan, Kementerian Pengangkutan Malaysia mempunyai cadangan untuk mengeluarkan lesen memandu digital menerusi aplikasi telefon pintar.

Di harap dengan penjelasan ini tak ada orang yang marah-marah kat pejabat pos kata kenapa dah tak boleh renew lesen dalam myKad. Ini adalah arahan terbaru daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Semoga maklumat di atas berguna kepada semua.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.