Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/20

Khasiat Buah Zaitun Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Zaitun Untuk Kesihatan. Buah zaitun banyak dan mudah diperolehi dari bumi Arab. Biasanya kalau orang balik dari Mekah, ada bawa buah zaitun kering sebagai salah satu buah tangan yang popular. Dari sumber wikipedia, Zaitun (Olea europaea) adalah pohon kecil tahunan dan hijau abadi, yang buah mudanya boleh dimakan mentah ataupun sesudah diawetkan sebagai penyegar. Buahnya yang tua diperas dan minyaknyadiekstrak menjadi minyak zaitun yang dapat dipergunakan untuk berbagai macam keperluan. Zaitun adalah anggota suku Oleaceae.

Dari penelitian para pakar, belum lama berselang ini di ketahui bahwa buah zaitun tidak saja enak rasanya, tapi juga merupakan sumber makanan sihat. Buah ini mengandungi  asam linoleik yang secara khusus sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang tengah menyusui anaknya. Kekurangan asam linoleik dapat mengurangi pertumbuhan bayi dan memperbesar potensi timbulnya beberapa penyakit kulit

Jadi, dengan banyak mengambil buah zaitun, ia dapat menyeimbangkan pertumbuhan bayi.

Khasiat Buah Zaiton Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Zaiton Untuk Kesihatan

Dari sumber wikipedia, tanaman zaitun memiliki ciri-ciri di antaranya:

1. Tumbuh sebagai pohon atau perdu hijau abadi 

2. Mempunyai bunga berbentuk lonceng
pendek dan gemuk, tingginya jarang melebihi 8–15 m (26–49 ft), kecuali varietas Pisciottana yang lebih besar dan tinggi

3. Daun tunggal dengan kedudukan berhadapan tanpa daun penumpu, berwarna hijau keperakan, berbentuk lonjong dengan panjang 4–10 cm (1,6–3,9 in) dan lebar 1–3 cm (0,39–1,18 in)

4. Batang keriput dan terpelintir

5. Bunga banci atau berkelamin tunggal dan buah menumpang; bunga kecil-kecil berwarna putih berbulu, dengan calyx dan corolla berbelah sepuluh, dua stamen dan stigma bifid , biasanya tumbuh pada kayu tahun sebelumnya

6. Buahnya kecil berupa buah batu (drupe), panjangnya 1–25 cm (0,39–9,84 in) dengan biji memiliki endosperma. Buahnya berukuran lebih kurus dan kecil pada tanaman liar dibandingkan pada penanaman tersusun.

Khasiat Buah Zaiton Untuk Kesihatan


1. Membunuh sell kanser.
2. Mengurangkan risiko diabetis tahap dua.
3. Membantu mencegah dari serangan angin ahmar.
4. Mencegah penyakit jantung dan mengekalkan jantung sentiasa muda.
5. Mencegah osteoporosis.
6. Melindungi dari tekanan perasaan.
7. Membantu mencegah dari kanser kulit.
8. Melindungi dari kanser payudara.
9. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s

10. Mengurangkan level obesiti

Buah zaitun kering

Biasa kita dengar orang hasilkan minyak Zaitun daripada buah zaitun. Ada 2 jenis minyak zaitun iaitu;

Secara umum kita hanya mengetahui dua jenis minyak zaitun ini sahaja.

1. Extra virgin olive oil

Jenis minyak zaitun yang palingl mahal kerana ia mempunyai kualiti yang tertinggi. Tambahan minyak zaitun ekstra dara adalah bertapis dan mempunyai tahap yang paling rendah keasidan berbanding dengan jenis minyak zaitun yang lain. Ia juga sangat kaya dengan antioksidan dan mempunyai jumlah yang paling tinggi mineral dan vitamin yang terdapat dalam buah zaitun. Minyak zaitun ekstra dara biasanya berwarna emas kehijauan dan ia menambah perisa yang berbeza untuk makanan anda.

2. Virgin olive oil

Minyak zaitun dara yang bertapis bermaksud tiada bahan kimia atau haba digunakan semasa mengekstrak minyak. Satu-satunya perbezaan antara minyak zaitun ekstra dara dan minyak zaitun dara adalah tahap keasidan oleik yang lebih tinggi sedikit.

Namun, bila dah baca khasiatnya untuk kesihatan, baru kita sedar betapa luasnya penggunaan buah zaitun dalam industri kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.