Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/25

Jambu Batu Potong Campur Asam Boi

Jambu Batu Potong Campur Asam Boi. Inilah kerja saya memalam buta bila tak ada mood nak makan nasi. Selepas goreng nugget tempura dan buat burger simple untuk hero kecil, saya selongkar apa buah ada dalam peti sejuk. Sekali tengok ada jambu batu. Segar pulak tu bentuknya. Entah bila saya beli pun tak ingat. Tapi kita orang memang suka buat stok jambu batu ni. Lagipun buahan berserat tu..

Biasanya orang buat jambu potong guna asam boi.. alaa, resepi yang viral dulu. Tapi saya guna je asam betik yang masam bagai nak rak tu, tabur dalam potongan buah jambu saya. Maka jadilah jugak buah jambu potong asam betik.. haha

Jambu Batu Potong Campur Asam Bo
Gambar jambu batu asam boi

Jambu Batu Potong Campur Asam Boi


Senang aje saya buat jambu batu potong asam boi ni. Saya potong kecil-kecil jambu batu, sebelum tu buang bahagian bijinya dulu.

Jambu Batu Potong Campur Asam Bo

Kemudian, hiriskan dengan asam boi. Gaul rata. Letak sedikit garam. Potongkan sehiris dua cili padi, jika suka pedas. Kalau tak nak tak apa.

Daaa.. siap untuk di makan. Simpan dulu dalam peti ais pun sedap. Sejuk je rasa di tekak.



Selamat mencuba resepi yang tak perlu dipelajari ni. Sendiri pun boleh buat, sesuka hati nak potong dan letak asam boi gaya apa. Haha..

Masuk mulut sedap dan rangup, cukup dah!!

Bye~!!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.