Inilah 12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar

Inilah 12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar. Kita yang mana satu agaknya? Lihatlah pembalasan atas segala kerosakan dan maksiat yang kita lakukan ketika hidup dahulu. Jangan kata kita semua akan terlepas ya! Pembalasan daripada Allah atas kemungkaran kita. Janji Allah tentang alam akhirat dan hari dibangkitkan semula di padang mahsyar adalah benar.

Di dalam golongan manakah kita saat dibangkitkan semula nanti? Adakah kita golongan yang melakukan maksiat? Meninggalkan solat? Atau penagih arak? Atau.. kalau kita berniaga.. adakah kita menipu? Semua perbuatan kita Allah dah persiapkan dengan pembalasan ya kekawan.. seram bila baca perkongsian di bawah. Semoga kita semua di dalam dakapan kasih dan rahmat Allah.

Inilah 12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar

Inilah 12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar

Seram sejuk bila baca DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR. Keadaan manusia yang amat menggerunkan. Semuanya tak terlepas diberikan balasan di atas perbuatan kita. Na'uzubillah!! Tak tahu nak gambarkan macam mana...
  
1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2.Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.


4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
      
8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.    
  
9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.  
 
10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.
   
11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
       
12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan WAJAH BERCAHAYA seperti bulan purnama dan melepasi 'sirat' (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.  
 
Subhanallah!! Takutnya bila membayangkan perkara itu ya kekawan. Tak mengapa jika sekarang kita masih berdosa tetapi dengan syarat segera bertaubat kepada Allah SWT. Kita tidak pasti bilakah kematian akan menjemput tetapi MATI itu pasti. Syurga dan neraka itu benar! Alam akhirat itu benar. Maka, setelah membaca 12 golongan manusia di Padang Mahsyar itu, terbukalah pintu taubat buat kita. Semoga Allah masih memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita semua. Aamiin..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.