Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/15

Doa Untuk Sahabat Yang Dikasihi

Doa Untuk Sahabat Yang Dikasihi. Dalam hidup di dunia ini setiap dari kita pasti mempunyai sahabat yang sentiasa ada disampingnya dalam keadaan susah ataupun senang. Kerana sahabat, hidup jadi ceria dan bermakna. Kita ada tempat untuk berkongsi cerita. Suka dan duka. Pasti ada jalan penyelesaiannya jika ada sahabat di sisi.

Jika ada sahabat yang sedang bermasalah, nasihatilah dia dengan kata-kata yang baik. Lemah lembut. Bila orang sedang dilanda musibah, tenangkan dia. Kadang Allah membantu bukan dengan sesuatu yang membahagiakan. Tetapi dengan sedikit sakit, luka, derita dan kekecewaan.Kerana Allah ingin menyelamatkan kita dari orang, tempat dan keadaan yang salah.

Sebab itu pentingnya doa dari orang lain terutamanya sahabat yang memahami liku kehidupan yang kita lalui.

Doa Untuk Sahabat Yang Dikasihi


Doa Untuk Sahabat Yang Dikasihi
Doa Untuk Sahabat Yang Dikasihi

Marilah sama-sama mengangkat tangan berdoa buat sahabat-sahabat kita yang mungkin sedang dalam kesedihan, kesulitan, dan buntu tidak bertemu penyelesaian masalahnya.

Semoga doa-doa ikhlas dari sahabat yang lain dapat memberikan mereka satu terapi diri dalam meneruskan kelangsungan hidup.

"Ya Allah, jika di saat ini ada sahabat yang sakit, sembuhkanlah dia. Angkatlah kesakitannya. Semoga dia kembali sihat dan dapat menunaikan amanah sebagai hamba kepadaMu.

"Ya Allah, jika di saat ini ada sahabat yang bermasalah, berilah jalan keluar untuk dia.

"Ya Allah, jika disaat ini ada sahabat yang kesempitan rezeki, murahkanlah rezekinya. Limpahkan kepadanya rezeki yang sentiasa mengalir seperti air sungai.."

Macam biasa, mulakan doa dengan syukur kepada Allah dan pujian-pujian kepada baginda Rasulullah dan para sahabat.

Semoga doa ikhlas seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain dimakbulkan Allah, di angkat ke langit dan diaminkan oleh para Malaikat.

Aamiin.. ya rabbal'aalamiin..

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.