Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/11

Doa Sewaktu Bersujud Dalam Rakaat Akhir

Doa Sewaktu Bersujud Dalam Sujud Rakaat Akhir. Berdoalah jangan berhenti, usah berasa penat untuk berdoa kerana Allah tak pernah jemu mendengar doa-doa kita. Kita jauh Allah jauh, kita dekat Allah dekat. 


Ada doa yang khas dipohonkan dalam keadaan tertentu. Ada doa yang dibaca di dalam solat iaitu di dalam sujud akhir setiap solat fardhu atau pun solat sunat. Doa yang dibisikkan dalam hati memohon agar Allah memperkenankannya kerana kita lakukan dalam keadaan kita tunduk merayu kepada Allah SWT.

Doa Sewaktu Bersujud Dalam Rakaat Akhir


Inilah bacaan doanya. Semoga kita semua beroleh manfaat daripadanya. 

Doa Sewaktu Bersujud Dalam Rakaat Akhir
Gambar kredit IG Aliff Syukri

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Sama-sama kita ucapkan aamiin.. kepada doa di atas, iaitu doa sewaktu bersujud dalam rakaat akhir. 

Jika anda nak baca lain-lain doa dalam blog ini, boleh cari pada bahagian menu di atas dalam label, Himpunan Doa. Jika suka, boleh kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.

2 comments:

  1. aamiin :) moga kita sama sama mengamalkannya. doa selain daripada itu pun boleh asalkan doa yang baik baik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. t.kasih sebab dah singgah sini ya

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.