Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/21

Doa Apabila Umur Mencecah 40 Tahun Ke atas

Doa Apabila Umur Mencecah 40 Tahun Ke atas. Bila umur manusia masuk fasa 40 an, tentu orang itu dah menjadi istimewa dan banyak berjasa, sekiranya ada la.. kerana bila Allah panjangkan usia kita melewati usia 40 tahun, mesti ada sesuatu yang Allah nak bagi kat kita. Apakah itu? Kita pun tak tahu. Tapi yang pasti, bila dah masuk usia 40 tahun dan ke atas, kita mestilah menjadi manusia yang berguna kepada dunia dan akhirat jua. Bila usia mencecah 40 tahun, perbanyakkanlah berbuat baik. Mohonlah kepada Allah supaya kita dikurniakan hidup dalam kebaikan dan semakin kukuh iman kita. Bila Allah izinkan kita hidup lebih dari usia 40 an, mesti Allah nak kita sempat bertaubat sebelum terlambat. Mesti Allah SWT nak bagi kita peluang memperbaiki amalan kita. Dan, tentu Allah nak kita sedar bahawa perbuatan salah dan dosa kita yang lalu, mesti dihentikan. Sedarlah! Sebelum terlambat. Bukan bila diberikan peluang hidup lebih 40 tahun.. kita sibuk nak hidup macam orang muda dan berpoya-poya. Kononnya masa zaman muda tak sempat enjoy!! Na'uzubillah, minta Allah jauhkan sifat dan sikap begitu kepada diriku, sahabat-sahabatku dan juga ahli keluargaku.. Ya Allah.

Bersyukurlah bila Allah masih beri peluang bukannya mendabik dada dan angkuh bila diberi nasihat. Kata, duniaku dan dosaku, aku yang tanggung. Marilah kita bertaubat sebelum terlambat ya kekawan..

Doa Apabila Umur Mencecah 40 Tahun Ke atas



Inilah doanya.. untuk diri, keluarga dan anak-anak. Insyaa Allah.. moga Allah izinkan kita berjalan di bawah lindungan rahmat Nya.

Doa Apabila Umur Mencecah 40 Tahun Ke atas Dalam Rumi


Rabbi Auziqnii an'asykuro ni'matakallati an'amta 'alaiyya wa'alaa waalidaiyya

Maksudnya: Wahai Tuhanku.. ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu,
yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku..

Wa'an a'mala soolihaa thadho haa, wa'aslihh lii fii zurriiyatii 

Maksudnya: dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku..

Inni tubtu ilaika , wa'inni minal muslimiin..

Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam yang tunduk patuh kepadaMu..

Semoga doa ini kita amalkan dan dapat menyelamatkan ahli keluarga kita daripada terjerumus ke dalam kancah maksiat. Semoga Allah SWT memelihara diri dan keluarga kita dalam dakapan iman dan rahmat kasih sayangnya.

Insyaa Allah, wallahu'lam..

3 comments:

  1. salam singgah. terima kasih atas perkongsian. sedar tak sedar, lagi 6 tahun saya nak menjangkau ke umur 40. allahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ya ke? Slmt menempuhi usia 40 an nanti.. ;)

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.