Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/19

Dimana Dosa-Dosa Kita Diletakkan Ketika Solat?

Dimana Dosa-Dosa Kita Diletakkan Ketika Solat? Ada tak yang terfikir tentang ini? Solat adalah kewajipan yang di turunkan kepada umat islam. Solat yang wajib ada 5 waktu iaitu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'.. solatlah tiang agama, asas kepada pengiraan amal kita di hari akhirat nanti. Solat yang akan dipertimbang dan dikira dahulu. Jika sempurna solat seseorang hamba, insya Allah.. yang lain akan ikut sempurna.

Oh ya.. dimana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang solat? Nanti kita baca penjelasannya di bawah ya..


Dimana Dosa-Dosa Kita Diletakkan Ketika Solat?


Dimana Dosa-Dosa Kita Diletakkan Ketika Solat?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat?

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.

Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa-dosa kita yang berguguran..

Renungan bersama...


Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu baru berfungsi spt semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah anda bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar hanya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah anda bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahwa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutama setiap kali sebelum tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari siksa kubur.

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan antara kita dgn syurga kecuali kematian..., oleh itu lafazkan dan bacalah ayat kursi setiap kali selesai solat. Semoga kita mendapatkan kesempatan ini.

Para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, maka janganlah kita terburu-buru untuk beranjak dari tempat duduk..

Maka, semoga perkongsian sederhana ini mampu menjadikan iman kita bertambah tinggi kepada Allah. Hiduplah dalam cahaya petunjukNnya dan mengikuti ajaran al Quran. Lakukan ibadah dengan setingkat demi setingkat dan istiqamah. Jangan cepat bosan dan berputus asa.

Rasulullah S.A.W bersabda :*
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Jangan jadikan ia sebagai punca pertelingkahan. Ambillah yang baik untuk dicontohi dan yang buruk ditinggalkan saja. Hidup biar berpengaruh kepada orang lain, tetapi pengaruhi kepada kebaikan, hasut untuk berlumba-lumba berbuat baik. Insyaa Allah, ada jalan yang dipermudahkan untuk kita.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.