Cara Sebenar Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Celah Ketiak Dengan Buah Lemon

Sebenar Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Celah Ketiak. Caranya mudah saja. Hanya dengan bahan asas lemon yang popular kegunaannya sekarang ni, boleh dijadikan petua untuk cerahkan kulit hitam celah ketiak dan paha. Murah kan? Anda pasti dah ada terbaca macam-macam cara nak hilangkan kulit gelap di ketiak dan celah paha. Tetapi kebanyakannya tak mendatangkan hasil. Tapi, cara yang saya nak share nanti hanya gunakan dua bahan asas iaitu lemon dan baking soda. 

Kulit kusam dan kehitaman celah ketiak pasti memalukan terutamanya bagi mereka yang aktif bersukan. Apa nak dirisaukan. Jom cuba cara dan petua yang nak saya kongsikan di bawah yang pasti buat anda puas hati.

Sebenar Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Celah Ketiak


Cara Sebenar Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Celah Ketiak Dengan Buah Lemon

Bahan-bahan:

Buah Lemon
Baking Soda

Cara Membuatnya:

1. Tuangkan baking soda ke dalam mangkuk kecil dalam kuantiti yang sesuai
2. Perah buah lemon sedikit demi sedikit
3. Gaul baking soda dengan jus lemon hingga sebati
4. Sejukkan seketika dalam 20 minit sebelum digunakan

Cara Sebenar Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Celah Ketiak Dengan Buah Lemon

Cara Menggunakannya:

1. Ambil adunan jus lemon dan baking soda tadi dengan jari
2. Sapukan di celah ketiak yang hitam dan peha
3. Lakukan scrubbing dengan gerakan memutar yang sekata
4. Lakukan scrubbing lebih kurang 3 minit
5. Setelah agak kering, bersihkan bahagian ketiak dan celah peha dengan menggunakan air dan lap sehingga kering
6. Amalkan seminggu dua kali untuk hasil yang memuaskan.

Selamat mencuba.

Caranya nak hilangkan kulit hitam celah ketiak dan paha amatlah mudah. Sepantas satu dua langkah je. Semoga perkongsian ni memudahkan urusan anda yang mengalami masalah tersebut.



1 comment:

  1. I love your blog.. very nice colors & theme. Did you
    make this website yourself or did you hire someone to do
    it for you? Plz reply as I'm looking to construct my own blog and would like to
    know where u got this from. cheers

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.