Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/15

Cara-Cara Puasa Nabi Daud, Hikmah Dan Fadhilatnya

Cara-Cara Puasa Nabi Daud, Hikmah Dan Fadhilatnya. Siapa pernah dengar puasa nabi Daud. Iaitu cara puasa yang paling istimewa dan tinggi hikmahnya di sisi Allah. Puasa Nabi Daud secara ringkasnya adalah puasa yang dilakukan selang sehari, hari ni puasa esok tak dan puasa dan cuti sehari dan begitulah seterusnya.

Secara ringkasnya, puasa sunnah Nabi Daud adalah puasa yang dilakukan dengan waktu selang seling, iaitu sehari berpuasa dan sehari esoknya tidak berpuasa. Contohnya, apabila hari ini anda berpuasa, maka esok anda tidak berpuasa, dan hari berikutnya anda puasa lagi. Barangsiapa yang melaksanakan puasa Daud ini, maka ia akan mendapat pahala. Sementara bagi yang meninggalkannya, maka tidak apa-apa. Kerana hukumnya yang jelas adalah sunat

Jom baca penerangan terperinci tentang puasa Nabi Daud seperti yang saya kongsikan di bawah.

Inilah Hikmah, Keutamaan, dan Tata Cara Puasa Nabi Daud 


Cara-Cara Puasa Nabi Daud, Hikmah Dan Fadhilatnya

Cara-Cara Puasa Nabi Daud 


Puasa sunnah ini dapat dilakukan sepanjang tahun, asalkan tidak dilakukan di hari-hari yang dilarang berpuasa. Hari yang diharamkan untuk berpuasa tersebut, adalah 2 hari raya (aidil Firi dan juga aidil Adha) dan Hari Tasrik. Puasa sunnah ini boleh dilakukan di hari Jum’at. Tidak ada halangan, asalkan puasa di hari Jumaat ini termasuk puasa Daud. Bukan puasa khusus di hari Jumaat saja.

Sementara jika puasa hanya dilakukan di hari Jumaat saja, maka hal tersebut tidak diperbolehkan. Alangkah baiknya jika mengerjakan puasa sunnah Daud ini ketika sudah terbiasa melaksanakan puasa sunnah Isnin dan Khamis. Hal ini bertujuan supaya kita tidak akan mengalami kesulitan untuk melaksanakan puasa sunnah tersebut.

Hikmah Puasa Nabi Daud


Puasa sunnah Daud ini memiliki hikmah dan keutamaan yang lebih utama daripada puasa sepanjang tahun. Akan tetapi ada satu hal yang harus anda ingat jika anda ingin melaksanakan puasa sunnah ini. Puasa sunnah yang satu ini hanya boleh dilaksanakan oleh orang yang mampu dan juga tidak melalaikan ibadah maupun perkara lain yang lebih penting hanya karena melakukan ibadah puasa sunnah Daud ini.

Ada banyak hikmah yang akan anda dapatkan jika anda mengerjakan puasa sunnah Daud, diantaranya sebagai berikut:

1. Terhindar dari kemaksiatan
2. Jiwa menjadi lebih tentram
3. Tumbuhnya akhlakul karimah (akhlak yang baik)
Selalu berfikir positif, kreatif, dan juga inovatif.
4. Sentiasa menerima pemberian Allah dengan lapang hati
5. Menjadi hamba Allah yang selalu bersyukur
6. Tumbuhnya sifat Hilm (emosi dapat ditahan dengan baik)
7. Mendatangkan rezeki yang tidak anda sangka-sangka
8. Suasana rumah tangga sentiasa harmonis

Keutamaan Puasa Sunnah Daud


‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash berkata bahwa Rasulullah SAW mengatakan padanya:

“Sebaik-baik shalat di sisi Allah adalah solatnya Nabi Daud ‘alaihis salam. Dan sebaik-baik puasa di sisi Allah adalah puasa Daud. Nabi Daud dahulu tidur di pertengahan malam dan beliau solat di sepertiga malamnya dan tidur lagi di seperenamnya. Adapun puasa Daud iaitu puasa sehari dan tidak berpuasa di hari berikutnya.” (HR. Bukhari)

Riwayat lain dikatakan:

“Tidak ada puasa yang lebih afdhal dari puasa Daud. Puasa Daud bererti sudah berpuasa separuh tahun karena sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari hadis di atas dapat disimpulkan beberapa keutamaan puasa sunnah Daud di dalamnya, iaitu sebagai berikut.

1. Puasa Daud adalah puasa yang paling disukai Allah SWT
2. Tidak masalah mengerjakan puasa Daud di hari Jumaat / Sabtu
3. Menjalankan hak Allah SWT dan hak badan
4. Tak ada ketaatan yang lebih baik dari puasa dan juga sollat Daud
5. Tidak mengerjakan sesuatu secara berlebihan
6. Boleh lebih memperhatikan ibadah yang lainnya
7. Hanya boleh dijalankan oleh orang yang mampu

Cara Niat Puasa Nabi Daud


Sebelum anda mengerjakan puasa sunnah Daud baiknya anda niat terlebih dahulu. Berikut merupakan bacaan niat puasa sunnah Daud beserta ertinya.

“Saya niat puasa daud, sunnah kerana Allah Ta’ala”

Selain waktu mengerjakannya, tata cara pelaksanaan puasa sunnah Daud ini tidak berbeza dengan puasa-puasa lainnya.

Sumber FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2044092012282203&id=100000442739038

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.