Cara Buat Aduan Kenaikan Harga Barang Kepada KPDNKK - Blog Rasa Dan Tips

Home Top Ad

Post Top Ad

02 September, 2018

Cara Buat Aduan Kenaikan Harga Barang Kepada KPDNKK

Cara Buat Aduan Kenaikan Harga Barang Kepada KPDNKK. Mulai 1 September 2018 kerajaan menggunapakai SST menggantikan GST sebelum ini. Banyak juga saya baca pro dan kontranya pengenalan semula SST ni dalam sistem jual beli di negara kita. Saya berada dalam kelompok yang positif iaitu menyokong polisi kerajaan tetapi dalam cara yang berhemah. Contohnya, kalau saya rasa benda ni membebankan, saya kawal penggunaannya. Jadi, kenaan SST ke atas urusan jual beli saya tidaklah membebankan saya.

Namun, jika anda berpendapat bahawa terdapat peniaga atau vendor di luar sana yang menipu dalam urusan SST, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi (KPDNKK) dengan cara seperti di bawah ni ya..

Cara Buat Aduan Kenaikan Harga Barang Kepada KPDNKK


Aduan Kenaikan Harga Barang kepada KPDNKK melalui saluran berikut:

Cara Buat Aduan Kenaikan Harga Barang Kepada KPDNKK

1) Talian hotline 1-800-886-800 atau

2) Aduan online http://eaduan.kpdnkk.gov.my/eaduan atau

3) Aduan melalui SMS dengan menaip “KPDNKK ADUAN <butiran aduan> ” dan hantar ke 15888 atau

4) Lapor / pergi ke pejabat-pejabat cawangan KPDNKK yang terdekat.

Restoran dan kedai yang  jualan tahunan bernilai RM1.5 juta sahaja yang boleh mengenakan caj SST. Jika ada kedai yang sewenang-wenangnya mengenakan caj SST terus je report.

Jadilah pengguna bijak dan bukannya pengguna yang boleh dipijak-pijak! Renung-renungkan..

Jangan bagi ruang mereka menipu sana sini kerana akhirnya kita sebagai pengguna yang menjadi mangsa.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post Top Ad