Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/18

Cara Afdal Berpuasa Sunat Di Bulan Muharam

Cara Afdhal Berpuasa Sunat Di Bulan Muharam. Dalam bulan Muharam ada hari-hari istimewa yang digalakkan untuk kita berpuasa agar dapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Antara puasa sunat yang paling biasa kita dengar adalah puasa hari Asyura yang jatuhnya pada 10 Muharam. Kalau nak puasa 9 Muharam diikuti pada 10 Muharam. Barulah cantik dan afdhal amalan tersebut.

Cara Afdhal Berpuasa Sunat Di Bulan Muharam


Kelebihan Bulan Muharram


Di antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang berikut:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.
(Surah al-Taubah (36)

Rasulullah S.A.W telahpun memberikan penjelasan berkenaan dengan empat bulan haram tersebut dengan sabda baginda:

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.- ( Riwayat al-Bukhari (184)

Adakah puasa 10 Muharam perlu disertai dengan hari selepasnya?


Cara Afdhal Berpuasa Sunat Di Bulan Muharam

Sebaiknya, berpuasalah sehari sebelumnya atau diikuti puasa sehari selepasnya.

Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharam atau pada 11 Muharam berserta dengan puasa hari Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.

Itu jawapan Dato' Mufti Wilayah Persekutuan.
Sumber: muftiwp.gov.my
Demikian juga terdapat sebuah hadis yang menceritakan berkenaan seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab baginda S.A.W:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasasetelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.

Riwayat al-Tirmizi (741)

Semoga bermanfaat. Insyaa Allah kita mencari ganjaran yang lebih dengan melakukan suruhannya dengan ikhlas. Bila ikhlas, semuanya jadi mudah.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.