Header Ads

Adakah Home Tuition Lebih Bagus Dari Tuition Centre?

Home tuition alternatif untuk anak anda? Home tuition adalah konsep tuisyen dari rumah di mana tutor atau tenaga pengajar datang mengajar anak anda dari rumah. Ia dah lama diperkenalkan di negara kita. Rakan-rakan saya juga ada yang mempraktikkan home tuition ni. 


Ada dua kaedah home tuition yang diamalkan oleh rakan saya. Pertama, tutor datang ke rumah pelajar dan mengajar di rumah keluarga mereka. Kedua, tutor mengambil pelajar di rumahnya dan mengajar di rumah tutor pula, supaya lebih tumpuan dan tidak terlalu "manja" di depan ibubapa masing-masing. Dengan cara kedua, tutor akan menambah kos pengangkutan ke dalam yuran bulanan pelajar. Bergantung kepada permintaan ibu bapa masing-masing.

Siapakah yang sesuai membuat home tuition? 


Sesiapa pun boleh menerima home tuition samada pelajar kanak-kanak atau dewasa. Home tuition lebih baik untuk kanak-kanak terutamanya apabila ia melibatkan soal keselamatan. Dengan adanya home tuition, ibu bapa dapat memantau kegiatan anak-anak secara terus menerus.

Adakah Home Tuition Lebih Bagus Dari Tuition Centre?

Home tuition vs tuition centre?


Antara home tuition dengan tuition centre, mana lebih bagus? Baiklah. Mari kita lihat kebaikan dan keburukannya. 

Home tuition menjadikan keselamatan anak-anak sebagai keutamaan. Apa yang terjadi semua berlaku di depan mata kita sebagai ibubapa. 

Namun sebaliknya, anak-anak yang mengambil home tuition lebih manja dan sukar dikawal. Sebagai tutor, kita berhadapan dengan ibubapa pelajar yang kadangkala tidak membenarkan kita terlalu tegas dengan anak mereka. Lagi pula, home tuition lebih tinggi bayarannya berbanding tuition centre. 

Manakala tuition centre, persaingan dengan pelajar sebaya boleh menimbulkan motivasi kepada anak-anak untuk lebih berusaha menjadi yang terbaik. 

Namun timbul pula isu pelajar ponteng kelas tuisyen, terdedah kepada bahaya gejala sosial di luar rumah, tutor yang tidak ikhlas mengajar dan sebagainya.

Namun begitu, saya berpendapat home tuition boleh menjadi pilihan utama ibu bapa yang bekerja kerana kosnya yang agak tinggi, namun pembelajaran anak-anak mendapat layanan eksklusif kerana tiada persaingan daripada puluhan pelajar di dalam tuition centre.

Home tuition juga membolehkan kita membuat pilihan mencari tutor terbaik untuk kejayaan anak-anak kita. Dengan yang demikian, anak-anak boleh mencapai prestasi terbaik untuk mata pelajaran tertentu dengan layanan eksklusif home tuition.

Contest SIFFRA SEO HOME TUITION ini di sponsor oleh SIFFRA HOME TUITION

4 comments:

  1. Thank you joining :) Kami dah update senari nama. Nantikan pengumuman pemenang ya

    ReplyDelete
  2. Yang paling penting jangan terlalu membebankan kanak-kanak dengan bagi mereka terlalu banyak tuition sampai mereka rasa terlalu stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, ambil subjek yg dia paling lemah je..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.