Header Ads

20 Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Muharam

20 Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Muharam. Awal muharam adalah bulan yang pertama tahun baru bagi bulan islam. Ada 4 bulan yang suci dalam bulan islam iaitu Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah, yang disebutkan juga bulan yang "diharamkan".

Ia disebut bulan yang haram disebabkan kebesaran, kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika ia dilakukan dalam bulan-bulan tersebut.

20 Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Muharam
Ibnu Abbas RA telah berkata bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mengkhususkan ke empat-empat bulan tersebut sebagaimana ganjaran-ganjaran untuk amalan soleh yang dilakukan di dalam bulan-bulan yang disebutkan tadi.


20 Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Muharam 


Berikut adalah antara 20 peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharam.. untuk sama-sama jadi renungan kepada kita semua.

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan 

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud 

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa 

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara 

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah 

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya 

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam 

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun 

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah 

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar 

13. Hari pertama Allah menciptakan alam 

14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat 

15. Hari pertama Allah menurnkan hujan 

16. Allah menjadikan ‘Arasy 

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz 

18. Allah menjadikan alam 

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril 

20. Nabi Isa diangkat ke langit

Peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharam menunjukkam kepada kita banyaknya perkara baik yang Allah perkenankan.

Dalam bulan Muharam, Allah banyak memberikan ampunan kepada kesalahan para Nabi terdahulu, yang susah dimudahkan dan pemberian hadiah atau berita gembira kepada para Nabi. Apa maknanya yang tersirat ya?

Bulan Muharam disebut juga bulan yang diharamkan.. diharamkan daripada apa? Daripada pergaduhan, pertumpahan darah.. maknanya diharamkan melakukan perkara yang memudaratkan nyawa.

2 comments:

  1. Replies
    1. Haah Sheila, bulan untuk kita memohonkan ampunan.. semoga dpt keberkatannya..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.