Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/09/06

10 Nasihat Imam Syafie Sebelum Kembali Ke Rahmatullah

10 Nasihat Imam Syafie Sebelum Kembali Ke Rahmatullah. SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Dalam nasihatnya itu, beliau menyenaraikan hak-hak kita kepada seisi alam dan sang Pencipta. Bagaimana kita nak hidup dan mati dalam keadaan selamat iaitu dengan menunaikan hak-hak kepada yang sepatutnya.

Kita kembali ke alam yang kekal nanti, takkan tak bawa bekalan. Apakah bekalan kita nanti? Cukupkah sekadar dengan melepaskan tanggungjawab pada diri sendiri? Sebab itulah Imam Syafie menyenaraikan cara-cara nak meninggalkan dunia yang fana ini dengan selamat.

Nasihat Imam Syafie Sebelum Kembali Ke Rahmatullah
Antara nasihat Imam Syafie


10 Nasihat Imam Syafie Sebelum Kembali Ke Rahmatullah


Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10) perkara."

1. HAK KEPADA DIRI


Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT


Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


3. HAK KEPADA KUBUR


Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR


Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)


Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)


Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)


Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)


Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI S.A.W


Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


10. HAK KEPADA ALLAH SWT


Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Credit: Koleksi Short Note Ustaz Azhar Idrus dari Group Whatsapp.

Semoga perkongsian dari Imam Syafie supaya kita dapat meninggalkan dunia dengan selamat ini mampu memberikan kesedaran kepada kita bahawa setiap manusia yang hidup perlulah melaksanakan hak-haknya kepada makhluk yang lain dan juga kepada pemilik alam ini iaitu Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.