Wordless Wednesday Masih Ada Ke Dalam Dunia Blog?

Wordless Wednesday (WW) Masih Ada Ke Dalam Dunia Blog? Ingatkah lagi blogger semua bahawa pada awal mengenali dunia blog lebih kurang 10 tahun yang lalu, ada satu segmen yang blogger suka buat pada hari rabu iaitu segmen yang dikenali sebagai "wordless wednesday".

Tak pernah dengar tentang wordless wednesday??

Jom baca pencerahannya seperti di bawah.

What is wordless wednesday?
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Terjemahan:

Pada hari rabu dalam dunia internet, blogger meletakkan gambar tanpa sebarang penerangan dalam blog mereka. Juga, dengan "tajuk yang wordless". Tujuannya supaya gambar yang dipaparkan sudah cukup menerangkan segalanya tentang gambar tersebut.

Bacaan lanjut: http://wiki.answers.com/Q/What_is_wordless_wednesday

Wordless Wednesday (WW) is a visual blogosphere phenomenon.
Whereas blogs (web journals) are primarily about "words" bloggers love to dress their journal entries with imagery.
WW is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words. However, there are no specific rules about WW posts so a few (and sometimes, many) words may accompany a photo or image that is the focus of a WW blog entry. 

Gambar dari Google

Wordless Wednesday Masih Ada Ke Dalam Dunia Blog?


Tapi masih ada ke blogger Malaysia yang buat wordless wednesday secara konsisten? Setiap hari rabu je, tepek gambar tanpa ayat. Kiranya.. gambar bisu la.. tak ada penerangan.

Biasa blogger akan letak gambar yang lucu, misteri atau gambar yang paling terkenal dari seluruh dunia.

Ada yang kata segmen ni bagus.. sebab hari rabu akan santai je dan tidak stress untuk cipta ayat lebih 300 patah perkataan. Hihi..

Tapi ramai blogger handalan kata wordless wednesday tak berapa bagus untuk SEO. Mungkin betul jugak.. sebab content adalah raja. Tak ada konten macam mana enjin carian google nak catch up entri kita. Betul tak?

Namun, bagi saya terpulanglah. Sesiapa blogger yang suka bersantai pada hari Rabu, boleh je teruskan entri tanpa kata pada hari tersebut. Itu namanya blogger sejati. Hihi..

Saya ada juga buat entri wordless wednesday, setahun ada la dua tiga kali.. jarang buat sebab terlupa. Bila teringat baru buat. Rasa rindu pulak nak melawat blog rakan-rakan yang masih mengamalkan wordless wednesday pada hari rabu.

Walau apa pun, teruskan minat berblog anda dan tulislah apa yang anda suka. Tetapi kena ingat, tulisan tu biarlah berakhlak kerana tulisan kita gambaran diri kita.

Selamat berblog.


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.