Tips Jaga Makan Ketika Hari Raya - Blog Rasa Dan Tips

Home Top Ad

Post Top Ad

22 August, 2018

Tips Jaga Makan Ketika Hari Raya

Tips Jaga Makan Ketika Hari Raya. Ketika hari raya kita makan bermacam-macam makanan yang terhidang di depan mata. Takkan tak nak makan, rasa rugi pulak. Ya dak?? Menu pulak ada faveret kita iaitu sambal kacang, lodeh, ayam masak merah dan rendang daging kaww.. haha, tak kan nak telan air liur aje. 

Walau apa pun menu di pagi raya, berpada-padalah jaga kesihatan kita. Makan sekadar perlu, jangan terlalu gelojoh. Bukannya kita tak boleh ulang balik makan dua hingga tiga kali. Hehe..

Tips Jaga Makan Ketika Hari Raya
 Tips Jaga Makan Ketika Hari Raya


Tips Jaga Makan Ketika Hari Raya


Ada tips yang boleh diamalkan untuk kawal makan ketika hari raya. Meh tengok sati persatu, ada yang boleh digunakan tak tips kawal makan di bawah ni;

1. Ambil dalam sukatan yang sedikit


Contohnya, ambil 1 biji ketupat, satu sudu kuah kacang, seketul dua daging rendang. Bukan satu senduk ya.. makan perlahan-lahan sambil menikmati rasanya. Insyaa Allah, cukup dan kenyang. Kan selamat perut anda tu..

2. Minum air masak yang banyak


Bila anda banyak minum air, anda akan rasa kurang lapar. Tengok makanan pun tak ada nafsu sebab dah kenyang dengan air. Elakkan air manis atau bergas ya..

3. Kerap bergerak dalam rumah


Contohnya mencuci pinggan mangkuk, menyapu dan siram pokok bunga. Haha.. dengan cara itu anda tak la menghadap makanan yang begitu banyak di atas meja tu.. patutlah emak saya rajin melayan pokok bunga dia bila hari raya. Mungkin itu rahsia dia kurang makan pada hari raya..


4.  Sentiasa pantau jumlah kalori, lemak, gula dalam hidangan anda


Sekarang ada banyak applikasi yang boleh di download untuk anda semak kandungan makanan yang diambil. Download dan selalu check.. anda akan secara langsung berhati-hati makan ketika hari raya terutamanya.. dan boleh diamalkan pada hari-hari biasa juga. Contoh applikasi MyfitnessPal, Diabetes Sense dan banyak lagi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jaga makan, makan untuk sihat dan bukan untuk menyakitkan tubuh kita. 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post Top Ad