Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/08/11

Sahabat Yang Baik Adalah Seperti Lilin..

Sahabat Yang Baik Adalah Seperti Lilin.. | Sebelum ini saya ada menulis artikel berkaitan dengan sahabat atau tips persahabatan dalam 30 Peraturan Dalam Persahabatan. Anda boleh baca entri yang lain pada pautan tersebut. 

Sahabat yang baik adalah seperti pelangi yang berwarna warni. Sentiasa menyinari hidup kita dengan tawa dan guraunya dan dalam masa yang sama sentiasa ada waktu kita amat memerlukan.

Sahabat Yang Baik Adalah Seperti Lilin..
Sahabat Yang Baik Adalah Seperti Lilin..

Sahabat yang baik sifatnya seperti lilin, sanggup membakar diri dan menerangi sahabatnya yang lain.

Sahabat Yang Baik Adalah Seperti Lilin..


Sahabat yang baik bukan sahaja menjadi payung dikala hujan tetapi juga menjadi angin yang lembut dikala kamu kepanasan. Dia akan memberikan nasihat sekadarnya dan tidak memaksa kamu mengikuti nasihat yang diberikan. Dia tidak akan menyukarkan lagi keadaan kamu.

Sahabat itu seperti lilin. Dia sanggup membakar diri sendiri asalkan kamu terus diterangi. Walaupun sebenarnya dia mungkin sedang dalam kesusahan, dia akan tetap cuba yang terbaik untuk menerangi hidup kamu. Jika kamu ada sahabat seperti itu, maka jagalah hatinya. Peganglah erat persahabatan kamu itu.

Bagaimanakah ciri sahabat yang baik menurut islam? Tentulah yang utama kita lihat agamanya. Bukan tak boleh kita berkawan dengan orang yang kurang ilmunya tetapi jika kita sendiri pun tidak begitu tinggi ilmunya, lebih baik jika kita yang menuntut ilmu dengan mereka yang arif. Betul kan??

Sahabat yang selalu bersangka baik dengan sahabatnya yang lain. Bukan bersifat talam dua muka. Itulah sahabat yang mesti kita cari dan dekati.

Dan, islam juga menggalakkan kita mencari sahabat yang berakhlak mulia. Akhlak mulia sudah tentulah kata-kata yang terucap dari bibirnya juga perkataan yang elok dan baik-baik. Insya Allah.

Semoga kita semua dikurniakan sahabat yang sejati, umpama lilin yang menerangi malam kita yang gelap gelita. Sahabat yang membawa kita ke jalan yang benar.

Subhanallah. 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.