Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/08/12

Resepi Tauhu Bakar Dengan Kuah Kacang

Resepi tauhu bakar. Tauhu bakar yang rangup memang sedap. Baru je kami makan di sebuah warung dan nampaknya makan berbayar memang semuanya sedap. So, anak yang bujang mintak buat lagi menyebabkan saya gigih cari di Google cara membuat tahu bakar.



Nampak cara susunan resepinya macam susah tetapi tidaklah seperti yang dijangka. Persediaan masak tahu bakar mudah je, yang nak buat kuah kacangnya yang agak panjang sikit langkahnya.

Resepi Tauhu Bakar

Resepi Tauhu Bakar
Tauhu bakar yang sedap

Bahan A:

4 keping tauhu
1/2 batang kecil timun - dipotong kecil
4 helai daun salad - dipotong kecil
1 cawan tauge - dibuang akar
1 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak

Bahan B kuah:

1/2 cawan kacang tanah
8 tangkai cili kering - kisar
3 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 cawan air asam jawa
1/2 ketul gula melaka
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara buat tauhu bakar sedap dan ringkas


1. Tauhu dibasuh dan disapukan sedikit garam

2. Bakar di atas pemanggang ikan sehingga garing. Apabila sejuk potong nipis

3. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan sejukkan

4. Buangkan kulit kacang dan kisar kasar

5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi

6. Masukkan air asam jawa dan kacang tanah yang telah dikisar kasar tadi. Tambahkan sedikit air sekiranya terlalu pekat.

7. Masukkan gula melaka, kicap manis dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Sejukkan terlebih dahulu. 

8. Tuangkan sos tadi ke atas tauhu. Tabur bijan

9. Sedia dihidangkan bersama sayuran tadi.

Selamat mencuba. Kita jumpa lagi di lain resepi yang mudah dan sedap-sedap ya.


No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.