Resepi Bubur Puteri Berendam - Blog Rasa Dan Tips

Home Top Ad

Post Top Ad

22 August, 2018

Resepi Bubur Puteri Berendam

Resepi Bubur Puteri Berendam. Siapa pernah makan bubur puteri berendam? Apa rasanya? Manis kan? Haa.. betullah tu, puteri berendam rasanya manis dan terkenal di negeri Cik Mek Molek. Puteri berendam nya kalau dibuat warna warni lagi menarik. 

Bila masa banyak jumpa hidangan bubur puteri berendam ni? Saya kerap jumpa bila masa bulan ramadhan. Mesti ada jual kat mana-mana gerai yang menjual kuih muih tradisi. Nak makan simpan dalam peti sejuk dulu, baru best!

Jom tengok resepi yang saya share di bawah ni..

Resepi Bubur Puteri Berendam


Resepi Bubur Puteri Berendam
Bubur puteri berendam
Bahan-bahan:

250 gram tepung pulut - di ayak
200 ml santan pekat
1 sudu pewarna, kalau 2 atau 3 warna pun boleh
Secubit garam
Gula (mengikut citarasa)
3/4 cawan air - untuk membancuh tepung
2 cawan air - untuk mereneh
2 helai daun pandan - dikoyak dan ikat

Cara memasak:


1. Bancuh 1/2 cawan air dengan pewarna

2. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut  sambil digaul. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu lembik atau tidak terlalu keras.

Resepi Bubur Puteri Berendam

3. Kemudian, rebus daun pandan dengan air bersama santan pekat.

4. Bentukkan adunan tadi menjadi bola kecil dan masukkan ke dalam periuk

5. Apabila air rebusan hampir mendidih, masukkan gula, garam dan diikuti dengan tepung tadi. Kacau sebati.

6. Bila bebola tepung telah timbul, bermakna ia telah masak.

7. Masukkan lebihan santan pekat dan kacau selama 5 minit tapi jangan sampai pecah minyak.

8. Bubur puteri berendam siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post Top Ad