Resepi Apam Nasi Yang Paling Simple - Blog Rasa Dan Tips

Home Top Ad

Post Top Ad

20 August, 2018

Resepi Apam Nasi Yang Paling Simple

Resepi Apam Nasi Yang Paling Simple. Apam nasi atau apam eno ni buatnya letak sedikit eno. Tu yang datangnya nama apam eno. Rasa apam nasi yang dibuat tanpa letak eno kurang sikit, kalau letak eno ni apam nasi lebih lembut.

Anak saya yang kecil amat suka makan apam eno terutama yang berwarna warni. Lagi banyak warnanya lagi bersemangat dia makan. Sekali makan boleh habis 8 ketul, ukuran acuan kuih lompang tu.. nampak tak betapa dia suka dengan apam nasi eno.

Resepi Apam Nasi Yang Paling Simple
Apam tepung beras atau apam nasi berwarna warni

Mari kita cuba buat apam nasi eno di bawah berserta dengan cara membuatnya.

Resepi Apam Nasi Yang Paling Simple


Bahan-bahan:

1 cawan Nasi sejuk
3/4 cawan Gula
1 1/2 cwn Air
2 cawan Tepung beras
1/2 cawan Tepung gandum
2 sudu teh Yis
1 peket Eno perisa asli
Secubit garam


Cara Buat Apam Nasi Yang Paling Simple 


1. Satukan nasi , gula & air ... blend halus

2. Satukan tepung beras , tepung gandum , yis & garam ... gaul rata

3. Masukkan bahan yang diblend tadi , kacau & tapis

4. Perap selama 1 jam, masukkan eno kacau sebati & perap lagi dalam 5 minit ( boleh letak pewarna jika suka)

5. Kukus dalam acuan lompang yang telah digris dengan minyak selama 15 minit dengan api sederhana

Resepi Apam Nasi Yang Paling Simple
Apam nasi eno dengan acuan kuih lompang
Resepi Apam Nasi Yang Paling Simple

6. Biarkan sejuk , & boleh makan dengan kelapa putih parut yang digaul sedikit garam.

Selamat mencuba. Kuih apam nasi eno sedap dimakan bila bila masa tak kira petang pagi atau malam. Makan dengan air kopi pun sedap. Hihi..

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post Top Ad