Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/08/10

Mengingati Mati, Melembutkan Hati...

Mengingati Mati, Melembutkan Hati... | Insaf sangat bila baca tajuk entri ni, ingat mati bukanlah menjadikan kita takut hingga kita tak nak bekerja, tak nak keluar rumah dan kita merasa hilang semangat hidup.

Ingat mati itu sunat hukumnya. Saling mengingatkan tentang kematian sesama kita menjadikan hidup lebih bermakna dan terisi dengan amalan kebaikan.

Berkawanlah dengan sahabat yang sering mengingatkan kita tentang akhirat. Selalu mengingatkan tentang mati yang boleh menjemput pada bila-bila masa. Mati itu pasti, hidup insyaa Allah!!

Mengingati Mati, Melembutkan Hati...
Gambar hiasan

Mengingati Mati, Melembutkan Hati...


Dalam sebuah hadis riwayat Anas bin Malik RA menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “tanda-tanda kiamat adalah berlakunya banyak kematian yang mendadak”. Jika diperhatikan keadaan kematian yang berlaku pada hari ini memang amat tepat apa yang ditelah atau diteka oleh Rasulullah.

Hakikatnya dengan mengingati mati menjadikan kita untuk lebih dekat dengan Allah SWT. Bahkan orang yang ingat mati akan membersihkan dirinya dengan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. Manakala orang yang selalu bertaubat adalah orang yang akan mendapat kasih sayang Allah SWT. Bayangkan orang yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah pastinya menjadi orang yang mendapat rahmat Allah SWT dunia dan akhirat.

Mengingati mati, melembutkan hati. Kita jadi takut berbuat maksiat, meninggalkan apa yang dilarang dan melaksanakan suruhan Allah dengan lapang dada. Bukan kerana terpaksa.

Takutlah jika kita tak ada rasa pun nak mati, merasakan kita akan hidup selama-lamanya. Menjadikan kita alpa dengan nikmat dunia. Lalai dari mengingati mati menjadikan kita semakin jauh dari Allah dan rahmat Allah.

Marilah rakan-rakan muslim sekalian.. kita saling ingat mengingatkan tentang kematian yang semakin hampir dalam hidup kita. Setiap hari Malaikat akan turun melihat kita, mengira bilakah masanya kita akan dipanggil pergi. Terutamanya bagi kita yang sedang sakit.. setiap hari Malaikat pencabut nyawa akan datang melawat. Subhanallah..

Bagaimana keadaan kita jika nampak semua itu. Apakah kita akan bersembunyi atau bersedia dengan redha apabila nyawa akan diambil?

Jika kita telah bersedia, sentiasa ingat bahawa mati itu pasti.. tentu kita tak gentar pun, kan.. Allah Maha Pengasih pada hambaNya yang sering bertaubat. Moga kita semua tergolong dalam golongan hamba Allah yang menerima rahmatNya setiap hari.

1 comment:

  1. Allahu...satu yang pasti...moga Allah sentiasa beri kesempatan pada kita untuk bertaubat..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.