Header Ads

  • Breaking News

    Khasiat Buah Limau Nipis Untuk Kesihatan

    Khasiat Buah Limau Nipis Untuk Kesihatan. Minggu lepas saya dapat banyak buah limau nipis dari kakak. Buahnya besar-besar. Memang nampak segar. Buat masak pun sudah.. ada baki lagi dalam peti ais. Tak tau nak buat apa. Saya fikir mesti buah limau nipis ni banyak khasiatnya.

    Limau nipis juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional. Antaranya cara berubat dengan mandi air limau. Mandi limau adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh sesetengah pusat perybagan islam untuk membantu mengubati penyakit atau masalah yang berkaitan dengan makhluk halus. Limau yang digunakan adalah limau purut atau limau nipis yang masih segar atau limau yang mempunyai air yang banyak untuk diperah dan dicampurkan dalam air mandian. Ada cara dan syarat tertentu yang dilakukan dalam proses rawatan tradisional tersebut.
    Khasiat Buah Limau Nipis Untuk Kesihatan
    Limau nipis

    Khasiat Buah Limau Nipis Untuk Kesihatan


    Ada banyak khasiat rupanya limau nipis ni. Kebanyakan khas untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan wanita.

    Yang biasa saya cuba adalah cuci kelemumur pada kepala. Gosokkan hirisan limau nipis pada kulit kepala dan biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian cuci dengan air bersih. Insyaa Allah, kelemumur hilang..

    Rupanya ada banyak lagi khasiat limau nipis untuk kesihatan.

    Limau nipis ni kulitnya berkilat hijau dan licin manakala isinya berwarna hijau kekuning-kekuningan dengan tekstur berair dan rasanya yang masamRujuk gambar bawah..

    Khasiat Buah Limau Nipis Untuk Kesihatan
    Limau nipis banyak khasiat
    Khasiatnya, bagus untuk mereka yang memiliki perut buncit. Amalkan meminum perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula setiap hari. Seelok-eloknya teh diminum dalam keadaan suam. Petua ini dikatakan dapat membantu untuk mengempiskan perut yang buncit.

    Selain itu, limau nipis juga menjadikan bahagian bawah lengan lebih harum. Caranya... Ambil beberapa biji limau nipis lalu campurkan bersama kapur sirih. Selepas mandi, sapukan ramuan ini pada ketiak dan biarkan beberapa minit sebelum dibasuh. Amalkan setiap kali mandi dan insya-Allah bahagian bawah lengan lebih harum secara semula jadi.

    Ada juga yang kata limau nipis boleh memulihkan kulit wajah. Dan ada yang kata limau nipis boleh menghilangkan batuk degil.

    Pokok limau nipis
    Setiap tumbuhan yang tumbuh dan berbuah secara semulajadi memiliki khasiat yang tersendiri. Kita kena cari ilmu dan rajinkan bertanya jika tak tahu khasiat setiap tumbuhan di atas muka bumi ni. Sambil tambah ilmu boleh juga jaga kesihatan diri..

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad