Kenapa Allah Hadirkan Orang Yang Salah Dalam Kehidupan Kita?

Kenapa Allah Hadirkan Orang Yang Salah Dalam Kehidupan Kita? Kita tidak meminta untuk dilukai dalam sesebuah perhubungan. Samada sahabat, kekasih, saudara mara dan sebagainya. Kehadiran mereka tidaklah selamanya kekal di samping kita. Bila tiba waktunya, Allah akan ambil kembali. Samada kembali secara kekal atau meninggalkan kita tanpa sebab atau dengan sebab tertentu. Hanya Allah yang tahu.

Allah tidak meletakkan kita dalam sesuatu situasi, hantar kita ke tempat yang tak pernah jejaki hingga kita temui rahsia di sebalik semua perjalanan hidup itu. Di sebalik kejadian, ada rahsia Allah yang nak kita cari. Selagi jauh kita kembara.. carilah hikmah dan pengajaran yang Dia nak beri..

Begitulah juga mengapa Allah hadirkan orang yang salah di sekeliling kita. Untuk apa? Tentulah ada sebabnya.

Kenapa Allah Hadirkan Orang Yang Salah Dalam Kehidupan Kita?


Kenapa Allah Hadirkan Orang Yang Salah Dalam Kehidupan Kita?

Kenapa?

Mengapa? Terkadang kita buntu dan menyesal kenapa Allah hadirkan orang yang salah dalam hidup kita. Kita tertanya-tanya tanpa noktah. Tercari-cari mana hikmahnya?

Ketahuilah sahabat, Allah tidak hadirkan seseorang tanpa sebab dan hikmah di sebaliknya. Mari renung-renungkan...

1. Supaya kita belajar mengenai kehidupan. Tak semua itu penuh manis dan tawa canda. Dalam kehidupan ada ketika kita bersedih, ada kala kita dilimpahi bahagia. Itulah rahsianya.

2. Supaya kita jadi lebih baik dari dahulu. Seseorang hadir bukan untuk selamanya berada di samping kita. Tiba saat dan waktunya, Allah ambil kembali. Maka, belajar tabahlah. Itulah pengajaran namanya. Untuk jadi lebih kuat dan baik dari sebelumnya.

3. Yang baik jadikan tauladan dan yang tak baik jadikan sempadan. Jika kita berkenalan dengan orang yang baik agama dan akhlaknya.. maka belajarlah daripada orang itu. Ambil ilmu dan aura kebaikannya. Tapi jika kita berkenalan dengan orang yang buruk akhlak dan jauh dari islam.. inilah waktu untuk kita pula memberinya ilmu. Kita berusaha. Tapi jika masih tidak berjaya.. itu semua urusan Allah. Senang je..

4. Muhasabah Diri - Ya, jika Allah hadirkan orang yang salah dalam kehidupan kita.. maka berfikirlah secara positif. Allah nak kita lihat diri kita balik. Mungkin satu waktu dulu kita pun nakal dan jahat. Maka.. bermuhasabahlah. Merenung kesilapan lalu, menyesalinya dan bertaubat. Allah Maha Pengampun..

5. Istiqamah dengan apa yang kita jalani hari ini. Jika ditakdirkan Allah kita mengenali seseorang yang tidak berada di jalan yang benar.. hidupnya jauh terpesong. Dia mempengaruhi kita untuk mengikut cara hidupnya.. maka berfikirlah dengan akal dan iman. Sekiranya kita sedang dalam proses berhijrah.., maka kehadiran mereka adalah sebagai ujian. Adakah kita istiqamah dengan jalan hidup yang kita pilih itu?

Begitulah kehidupan. Jangan berharap yang indah saja, terima takdir kita seadanya. Semampu kita. Berusahalah mencari kebaikan dalam setiap takdir yang dihadapi. Allah Maha Adil. Setelah guruh dan kilat datang.. ada pelangi indah berwarna warni menghiasi dada langit sesudah itu..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.