Kenali Maksud Logo Dan Warna Bendera Malaysia Jalur Gemilang - Blog Rasa Dan Tips

Home Top Ad

Post Top Ad

31 August, 2018

Kenali Maksud Logo Dan Warna Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Kenali Maksud Logo Dan Warna Bendera Malaysia Jalur Gemilang. Salam kemerdekaan kepada negaraku. Setiap kali datangnya tarikh 31 Ogos, maka setahun lagi bertambah umur negaraku! Sempena ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia tercinta ini, saya nak kongsikan maksud warna, logo dan jalur yang ada di bendera malaysia kita.

Bendera Malaysia lambang kemerdekaan sesebuah negara. Pergi ke mana ceruk dunia pun, kita dikenali dulu dengan bendera negara. Lambang bendera negara ada pada setiap pengenalan diri kita.

Kenali Maksud Logo Dan Warna Bendera Malaysia Jalur Gemilang


Kenali Maksud Logo Dan Warna Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.

Bagi bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan yang melambangkan Agama Islam - sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan negara (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).

Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia.

Dah faham? Semoga pengetahuan dan info tentang bendera negara kita Malaysia ni dapat menambahkan kecintaan dan semangat jati diri yang tinggi di hati kita.

Sayangi Malaysiaku!!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post Top Ad