Jenis-Jenis Snek Sihat Untuk Diet

Cara makan snek sihat untuk diet. Snek sihat adalah makanan ringan yang menyihatkan seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan sebagainya, dan bukan snek yang penuh dengan bahan perisa seperti makanan ringan dan sebagainya. Snek sihat bagus untuk diet dan mudah disediakan.

Snek sihat boleh di dapati dalam bentuk kering atau basah, yang mudah didapati di pasaraya. Anda boleh mengolah snek sihat tersebut menjadi menu yang sedap agar boleh dimakan setiap hari tanpa rasa jemu untuk dapatkan hasil yang maksima untuk diet anda.

Jenis-Jenis Snek Sihat Untuk Diet


Anda boleh ikuti snek diet sihat seperti dalam gambarajah di bawah yang saya share dari theberry.com.

Jenis-Jenis Snek Sihat Untuk Diet
Jenis-Jenis Snek Sihat Untuk Diet
Apakah antara makanan atau snek sihat yang bagus untuk diet anda? Antaranya adalah kekacang seperti pistachio, kacang merah, atau salad, tomato ceri, daun seleri dan banyak lagi. Anda boleh ikut resepi atau menu yang ditunjukkan seperti di dalam gambar di atas.

Selain itu, makanan kering juga merupakan snek sihat yang boleh diambil untuk berdiet. Cuba lihat senarai di bawah ini:

Makanan kering adalah salah satu jenis makanan terbaik untuk diambil ketika berdiet kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian. Walaupun telah mengalami proses pengeringan namun khasiatnya masih tetap tersimpan baik.

Apakah snek yang dikatakan sihat dan elok diambil ketika berdiet?

Kurma

Kurma mengandungi karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi dan hanya mempunyai 96 kalori.

Walnut

Walnut mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid, dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan rasa kegatalan atau radang pada kulit.

Kismis

Buah anggur yang telah dikeringkan dan menjadi kismis merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman dan juga mengurangkan kolesterol dalam badan.

Ceri kering

Ceri kering mengandungi potassium dan vitamin A. Ceri yang dikeringkan mengandungi banyak melatonin yang membantu anda untuk cepat tidur.

Aprikot kering


Aprikot kering mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi. Ia dapat membantu melancarkan saluran darah.

Prun

Buah prun amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prum adalah bersamaan dengan 100 kalori.

Kacang hazel

Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan anda. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol.

Kacang Brazil

Kacang brazil Kaya dengan khasiat magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Kacang brazil ini merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia.

Kacang gajus

Kacang gajus pula kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik iaitu melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman.

Kacang badam

Kacang badam adalah di antara kekacang yang bertindak sebagai bahan antioksidan. Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol.

Kacang Pistachio

Kacang pistachio pula membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vitamin B6, vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hipertensi dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua. Makanlah snek sihat untuk mencapai sasaran diet sihat anda mencapai kejayaan. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.